Jika anda adalah penjual produk berasaskan garam buluh, mohon HENTIKAN aktiviti pemasaran berlebihan dengan menyatakan ia sebagai bahan untuk merawat penyakit🙏🏻
Jika anda adalah penjual produk berasaskan garam buluh, mohon HENTIKAN aktiviti pemasaran berlebihan dengan menyatakan ia sebagai bahan untuk merawat penyakit🙏🏻
Garam buluh, garam himalaya, garam kosher dan garam laut adalah sejenis garam dan ia mengandungi kandungan Natrium yang hampir sama. Oleh itu pengambilan harian perlu terhad dan tidak melebihi 1 sudu teh sehari.
Sebenarnya, garam buluh adalah sejenis garam biasa yang di masukkan ke dalam buluh dan dibakar selamat 6-8 jam. Ia mungkin lebih bersih dan mengandungi kandungan potasium yang lebih tinggi, namun Ia tetap sejenis garam dan TIDAK mempunyai kesan untuk merawat penyakit kronik.
.
Seorang pelajar universiti yang berusia 20 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan setelah mengalami muntah berterusan melebihi 10X dan cirit birit untuk 2-3 jam.
Pemeriksaan lanjut mendapati tubuh badannya lemah. Ujian darah mendapati paras garam Sodium terlalu tinggi. Keadaan beliau dikenalpasti sebagai Hypernatraemia
Rupa rupanya , beliau telah mengamalkan pengambilan garam buluh sebanyak 150gram setiap hari selama 10 hari untuk membantu penghadaman dan mengurangkan berat badan.
Dalam kes berlainan, seorang pesakit buah pinggang kronik yang stabil dan dalam pemantaun pakar buah pinggang datang dengan kerosakan buah pinggang akut akibat pengambilan garam buluh yang diambil untuk menyembuhkan masalah buah pinggang.
Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi, yang jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar. Apabila minuman seperti kopi pun ditambah dengan garam buluh , bayangkan berapa banyak garam yang anda ambil setiap hari.
Credit : PHM
Info tambahan (Metramed) : Pada pengamatan peribadi sy, garam yang natural (tidak berasid) boleh diambil setiap hari tp dengan jumlah yang sedikit beserta minum air putih yang banyak inshaallah akan membantu kesihatan. Jgn ambil overdose dan kurang minum air.. Cara nak ambil cuma calit atas jari, dan minum air 1 gelas sekurangnya)
Pastikan produk selamat Digunakan dan melalui proses yang betul sbb mmg ada produk yang bagus tp seperti nila 1 titik habis rosak 1 belanga..hihi)
* En.Has xjual garam ye.. 🤭
Fb: Sila Like & Follow https://m.facebook.com/Metramedic
Untuk info2 dan tip2 bermanfaat boleh join link telegram ni..
https://t.me/metramedic

Comments
Post a Comment