Minyak masak mana yang terbaik?

 

Ramai yang gunakan minyak sayuran berbanding minyak sawit sebagai alternatif dalam masakan dengan harapan makanan yang dihasilkan akan menjadi lebih sihat. 


Tapi tahukah anda, sebenarnya minyak kelapa sawit adalah lebih sihat kerana kandungan lemak tepunya adalah jenis asid palmitik dan dikaji sebagai lemak tepu yang tidak kuat meningkatkan paras kolesterol jahat dalam darah. 


Malah, minyak kelapa sawit ini tidak mengandungi lemak trans dan kandungan Omega 6 yang sangat minima- kurang daripada 10%! Ditambah pula dengan nutrisi lain seperti vitamin E, polifenol, karotenoid serta asid fenolik yang boleh meningkatkan kesihatan. 


Jika dibandingkan dengan minyak sayuran seperti minyak bunga matahari, minyak safflower, minyak jagung atau pelbagai jenis minyak lain, hampir semua minyak-minyak ini mengandungi kandungan lemak trans yang boleh membahayakan kesihatan serta melemahkan sistem imun badan. 


Bukan itu saja, kandungan Omega 6 dalam 100g minyak sayuran ini mempunyai purata 2x ganda lebih tinggi berbanding keperluan seharian manusia. Malah minyak jenis ini lah yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan menyebabkan banyak lagi penyakit metabolik dan kemerosotan diri akibat keradangan kronik. 


Anda guna minyak yang mana ya?


Credit : TanyaDrSyid


Fb: Sila Like & Follow https://m.facebook.com/Metramedic


Untuk info2 dan tip2 bermanfaat boleh join link telegram ni.. 

https://t.me/metramedic

Comments

Popular posts from this blog