Pengalaman qiamulalil sendirian dan aktiviti seharian aku
Penting : pengalaman ikhlas untuk bacaan peribadi. Personal
Pengalaman qiamulalil sendirian dan aktiviti seharian aku
Hari pertama buat Quamullail cara paksa
19/2/21
Tdo 12mlm bangun 4pg (paksa bangun)
Solat wuduk, tahajjud, taubat, hajat, witir, quran.. Terus subuh,Mengaji
Masa taubat sujud rakaat ke2.. Rasa diri xjejak bumi melayang2 dan nak rebah.
20/2
Tdo 1pg, bangun 3.30 (mcm kepala kena ketuk dgn tukul terus tersedar)
Solat wuduk, tahajjud, taubat, hajat, witir, quran.. Terus subuh,Mengaji..
-Masa sunat taubat sujud rakaat ke2.. Rasa melayang2 lagi tp xkuat dan tp masa sunat hajat rasa lebih kuat dari sunat taubat.. Allahurabbi
Solat dhuha 830pg
21/2
Tdo 12, bangun 4pg, (dengar suara orang jerkah bahasa Arab - terus tersedar)
Solat wuduk, tahajjud, taubat, hajat, witir,. Terus subuh,Mengaji..
-Masa solat sunat taubat rasa melayang2/pening2 sedikit shj..
-Masa solat sunat hajat macam terbayang/duk main dalam kepala orang perempuan baju merah tengah duduk atas sofa (nampak dari sisi dan berpaling kepada saya-xcam muka) tak cakap apa2..
Sepanjang solat bulu roma meremang dan semakin kuat bila sy kuatkan bacaan.. Bila nak habis solat makin lama makin hilang rasa meremang.. Last skali hilang begitu je. Xtau apa maksudnya
-lepas tu byk berzikir
Lepas solat sunat hajat mata tiba2 jadi kabur xnampak nak baca tulisan, dlm 2 minit nampak blur..lepas tu spray probio HD, xsampai 10 saat nampak clear balik.. Mungkin masa sujud sedikit lama..
22/2/21
Tdo jam 12..kepala berdenyut2 belum solat isyak, sbb ada urusan hntr barang ke client ke Sungai Buluh emergency dia nak ubat. Tiap hari dia mesti minum.. Nenek, umo lebih 70 dulu setiap hari sakit skrg alhamdulillah.. Niat bgun awl nak solat isyak.
Bangun 3pg (tersedar sendiri) seperti dah puas tido.
Solat wuduk, solat isyak, mengaji
Solat tahajjud, solat taubat..
Masa solat taubat rakaat kedua seperti terbayang sekejap orang perempuan duduk atas kerusi.. Meremang sekejap je lepas tu hilang terus.
Habis solat mata jadi kabur lagi xboleh baca.. Ambil probio HD spray dalam mata.. Alhamdulillah ok terus.
Sambung zikir..
Solat sunat hajat.. Tiba2 teringat sekejap sebelum solat bayangan wanita itu.. Rasa Meremang sekejap je. Awal solat cuba nak ingat tapi macam dia nak hilang.. Kabur.. Rasa mcam tak gementar sgt lagi.. Alhamdulillah..
Habis solat mata rasa kabur jap.. Spray hilang terus kabur.. Allahuakbar
Solat sunat witir
Habis jam 6pg..tunggu subuh
23/2/21
Jam 1130 mlm dah banyak kali tertelap dan paksa xnak tdo lagi nak tunggu jam 12mlm sbb nak atar selamat malam kepada warga maya. Akhirnya berjaya delivery.. Sharp jam 12
Bangun 3pg (tersedar sendiri seperti banyak kali Mimpi bangun dari tidur, bila betul2 tersedar ingatkan dah nak subuh.. Tepat jam 3pagi..
Bangun cari info kelebihan Qiamullail dan post di media social utk berkongsi ilmu & cek list to do today.. Start ibadah jam 4pg
Solat wuduk, solat tahajjud tiada apa yang mengganggu..tapi lepas tahajjud mata berpinar jap. Spray probio HD xsampai 5 saat terus Okay!
Sebelum solat taubat rasa xselesa meremang xtentu pasal.. Baca surah an nas byk kali baru lega,
Rakaat ke-2, keluar ingatan/bayangan lagi perempuan tu tp sgt kabur.. Xmeremang pun.
Kemudian terlintas wajah seseorang yang saya Kenal pernah berurusan bisnes dengannya dahulu. Bisnes MLM yang gagal. Mungkin Allah bg petunjuk sy patut minta maaf skali lagi dengannya walaupun sudah byk kali minta maaf. Mungkin beliau terseksa..
Habis solat taubat.. Sy terus wasap beliau minta ampun skali lagi jam 4.55pg. Harap beliau ampunkan sy atas kekhilafan sy dahulu.. Inshaallah.. Aaamin ya Rabbal alamin
Hati sy sangat tenang bila sudah hantar kiriman tu walaupun dia belum baca lagi samada nak maafkan atau tak.. Allah Maha Agung dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Sambung solat Hajat.. Jam 5:25 masa zikir lepas solat hajat elektrik rumah Tiba2 terputus. Rasanya bil xada tunggakan mungkin keseluruhan blok.. Buka laptop buka lighting camera sambung ibadah..
23/2/21
Petang semalam aku terpaksa mengalah sebab tertdo sebelum asar selama lebih kurang 30 minit mungkin sudah 4 malam tdo yang agak sedikit.. Mungkin kepenatan.
Jadi pada malam aku lebih aktif tenaga cukup byk. Boleh selesaikan kerja yang terkendala dan jam sudah 1:30 pg tp belum rasa mengantuk.. Tapi aku paksa utk tidur sebab risau jika xdapat bangun Qiamullail. Risau Allah kejutkan x kejutkan aku bangun.
Jadi susah nak tdo mungkin dalm jam 2 pg baru aku betul2 tertidur dan aku berdoa supaya dapat bangun untuk bersujud kepada Maha Pencipta.
Tiba2 aku tersedar dan aku rasakan mmg hari sudah cerah mungkin dekat subuh.. Sedikit kecewa..
Aku capai hp tgk waktu.. Allahuakbar Allah bantu lagi.. Aku bangun tepat jam 4pg alhamdulillah Allah sayang kita..
Aku pergi bersuci.. 4:30 aku mula solat sunat wuduk, solat tahajjud..
Tiada yang bermain di kepala kecuali masa tahajjud aku terlintas seseorang yang aku patut minta maaf.. Inshaallah aku akan buat walaupun mungkin dihina dan diherdik disebabkan kisah sila ku dengannya.. Dia ialah seorang Pakcik tua yang sangt baik hati, anggap aku sebagai anaknya (mungkin) tapi aku anggap dia sebagai orang tuaku.. Sebenar atas urusan bisnes dan menjadi Rapat. Cuma bisnes tu yang tak betul aku terjebak menyebabkan beliau terpaksa berdepan dgn masyarakat kampung dan tak dihormati.. Partner aku buat program khairat kematian tetapi duit tu invest jalan yang tak betul tetapi partner aku yakin kan aku, walau apa terjadi duit backup dari Yayasan ada untuk support.. Jadi program ni collect duit orang dan bg pulangan setiap bulan kepada masyarakat. Semua duit masuk akaun company dia dan aku sebagai pekerja shj yang di bayar gaji 2k sebulan dan sedikit komisyen atas setiap deposit setiap ahli. Di sebab percaya dgn partner aku buat betul2 bisnes ni hingga ramai yang join terutama orang jeli, kb, Terengganu.. Seluruh Malaysia.. Rasanya collection mencecah 1Juta..tapi semua diserahkan kepada 'partner'.. Setiap pendeposit ada isi form dan aku sebagai penerima.. Allahuakbar aku tak sedar benda ni perangkap.. Dia nak gunakan aku sebagai kambing hitam jika berlaku apa2. Aku yang bodoh.
Kemudian sebahagian duit tu invest dengan salah seorang kenalan ku dalm bidang forex.. Sebab partner minta aku cairkan investment.. Aku cuma perkenalkan tetapi dia yang menentukan dan membuat keputusan.
Dia yakin kan aku klu berlaku apa2 kita ada Yayasan di sebalik semua ni.. Semuanya ditanggung. Sebab tu aku pulun habis-habis dan ramai yang join. Aku tak Kenal dan tak pernah jumpa pun owner Yayasan yang dia cakap kan. Aku percaya 100%...tanpa usul periksa. Sekali lagi kebodohan ku!
Duit Hasil forex 100% masuk akaun company yang di daftar atas nama isterinya (enterprise). Dan semua urusan bonus/pulangan semua yang dia aturkan aku tak masuk campur. Aku hanya buat kerja aku..
Kemudian forex ada masalah 'partner' minta aku cari investment lain.. Aku akur je maka aku kenalan dengan sahabatku juga dalam bidang investment bitcoin.. Semua ada perjanjian perniagaan setiap investment yang dijalankan.. Akhirnya semua ke laut juga. Bisnes stuck dan duit pelabur semua hangus..baru aku sedar Yayasan hanya lah propaganda beliau dan perwatakan yang menarik serta bidang bisnes lebih keagamaan telah mengaburi mataku. Aku lalai aku yang tak nampak dari awl permainan beliau..
Dipendekkan cerita dia cuba menyalahkan aku semua Hal berlaku dan nak jadikan aku kambing hitam. Aku buat report polis pertahankan diri.. Alhamdulillah ramai leader/agent menyebelahi aku dan mmg 'partner' aku ni yang bersalah. Dia fikir nak kaya cepat agak ya tak fikir duit tu berkat atau tidak dan aku terpengaruh sekali. Nauzubillah
Perkara ni telah membuatkan aku rasa sangat bersalah dan 'down' dalam tempoh yang sangat lama iaitu lebih 3 tahun rasanya.. Aku tak tahu nak minta tolong siapa dan rasa yang sangat bersalah dengan semua orang yang aku ambil duit mereka.. Kebanyakan mereka terdiri daripada orang2 tua dan orang yang susah. Tiada orang dapat bantu aku saat itu dan aku lebih suka menyendiri, berdiam diri, dan terus berdiam diri..seperti Menyesali dan rasa bersalah sepanjang hayat.. Aku xmampu nak minta maaf dengan semua orang hanya mampu berdoa dan Allah ampunkan aku tapi dosa sesama manusia Allah tak ampun.. Aku pasrah! Tapi jika ada yang berhubung dengan aku, aku telah explain benda ni dan mereka kebanyakan faham tp ramai yang tak puas hati.. Aku tak boleh berbuat apa2 disebabkan kejahilanku ini. Hanya pada Allah tempat aku mengadu..
Selain program kebajikan khairat kematian tu, pada masa yang sama semasa tempoh kemuncak 'kejayaan' kami juga usahakan bersama dan setup company bersama buat projek bekam. Ini betul2 bisnes dan tiada kaitan dengan pelaburan tersebut. Aku enjoy dan sebagai shareholder aku xambil gaji tapi kerja siang malam.. Urusan duit semua partner yang pegang. Selama 6 bulan berturut2 aku kerja siang malam tanpa di bayar gaji! Aku terpaksa buat loan guna nama isteri ku utk teruskan hidup.. Pinjaman peribadi 100k. Kesilapan yang Maha Dasyat.. Last skali duit habis.. Loan kena byr tanpa ada Hasil.. Mujur lah isteri ku seorang yang tabah. Dia x merungut dan byr setiap bulan. Aku sayang dia cuma aku tak lafazkan sahaja...dia sentiasa di belakang aku walau apa jua keadaan.. Pernah senang dan susah bersama...aku dah 10tahun bersama ya.. Aku byk bersalah dengannya..
Dulu aku sangat jahil dalam semua perkara...byk sangat yang Hendak di ceritakan tapi tak terluah.. Biarlah aku pendam.. Dan minta ampun dengan Allah sebab itu dosa aku dengan Maha Pencipta. Allahurabbi.. Aku Menyesal kehidupan ku yang lepas.. Allah bantu lah hambaMu ini yang sangat kerdil dan lemah. Tiada upaya dayaku Selain dengan izinNya..
Insha allah Aku akan teruskan perjuangan ku... Demi agama dan bangsa dan demi memberi manfaat kepada orang lain..
Aku masih tak sedia utk kongsi cerita ini.. Klu lepas ni aku share bermakna aku telah jatuh kan semua egoku.. Ya aku sangat ego. Penting kan diri sebelum ni..
Aku ingin berubah jadi baik aku ingin berbakti kepada masyarakat dan memberi manfaat kepada orang lain.. Hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan... Aaminn
Coretan ikhlas : En. Has
Tarikh : 24 Feb 2021
Masa : 5:48pg
Aku nak sambung solat sunat hajat..
Pengalaman qiamulalil sendirian
Aku nak sambung solat sunat hajat..
Jam10pg aku solat sunat Dhuha
25/2/21
Jam 1130 mlm sebelum tidur sedang edit kata2 selamat malam dah tertelap 2 3 kali. Tapi nekad nak siap kan dan hantarkan juga ke socmed (media sosial).. Akhirnya sampai jam 1pagi baru boleh tidur.
Dapat lelapkan mata sekitar jam 1:15pg setelah baca doa, dan ampunkan semua dosa mereka dgn aku. Niat nak bgun tahajjud moga Allah jaga aku.
Telah bermimpi seperti aku dah bangun dan melaksanakan semua solat sunat dengan sempurna.. Habis sahaja ibadat seperti seseorang tekan butang emergency dan serta merta aku tersekar dari tidur.. Aku dapat rasanya sudah masuk waktu subuh.. Jam aku belum m lagi.. Aku terus ke bilik air buang air kecil.. Lihat jam di dinding jam 5:45pg..memang kali ni aku rasa xsempat nak buat semua skali dan aku terus buat ibadah ku yang termampu..
Kebiasaanya aku ambil masa 2 jam untuk keseluruhan malam aku gunakan untuk ibadah.. Sebelum masuk waktu subuh.. Tapi kali ni aku hanya ada masa 45min sahaja sebelum azan subuh dikumandangkan... Jadi aku putuskan buat yang terdaya sahaja dan bacaan surah2 dan zikir2 paling ringkas..
Setelah solat wuduk, aku sempat buat solat tahajjud dan juga solat taubat... Alhamdulillah..
Habis sahaja doa solat taubat, azan subuh berkumandang... Aku stop untuk tulis dlu rencana ini dan terus bersuci/mandi utk solat subuh..
Alhamdulillah.. Selepas solat subuh dan segala urusannya aku buat solat sunat taubat..
SEKALI LAGI Allah izinkan aku untuk terus istiqomah bersujud kepadaNya.aku sentiasa berdoa supaya Allah jgn tarik balik keistimewaan yang diberikan kepadaku..aminn
Dhuha 1130pg
26/2/21
Aku siapkan kerja jam 12 tepat dan tak mahu lebih masa risau terlajak tidur. Tdo jam 1230 mlm
Bangun jam 3:38 (capai hp terus tgk waktu) alhamdulillah syukur sgt2. Macamana nak bagaitahu aku tak sedar yang aku dah bangun dah pada masa tu..mcm konpius sangat.. Mata je tak bukak kepala dah terangkat.. Huhuhu
Cari keistimewaan tahajjud dan post kat socmed dlu.. Bersih diri
4:30am aku solat sunat wuduk. Rasa sempurna solat dan penuh tertib.
Kemudian solat sunat tahajjud dengan penuh tertib
Solat sunat taubat.. Masa rakaat pertama aku dapat bisikan minta belajar ganti solat yang lepas 2.. Dan sambil tu minta buat sekali ganti puasa.. Allah jentik hati aku sepanjang solat taubat...terima kasih Allah bagi aku petunjuk.. Allah masih sayang aku.. Sangat bersyukur!
5:40 sambung solat sunat hajat
Awal solat niat betul2.. Masuk rakaat kedua masa sujud Tiba2 aku jadi sebak.. Teringat kepada orang tua di kampung.. Seperti rindu yang amat sangat. Dlm sujud aku doa minta hajat yang sama setiap malam.. Mungkin Allah bg aku HIDAYAH.. Aku menangis,air mata Mengalir dalam sujud dan masa berdoa.. Aku susah mengalirkan air mata walau dalam apa Hal dalam kehidupan sepanjang aku hidup 38tahun.. Hati kenal.. Ego aku tinggi. Tapi kenapa Tiba2 aku boleh menangis..
Masa tahayyat akhir aku xdapat baca bacaan sbb aku teresak2.. Suara jadi ketar2.. Aku mcm x percaya saat itu berlaku pada aku. Aku cuba habiskan bacaan dan bagi Salam..
Terus istifar dan zikir tak henti2.. Masa bersolat aku tak boleh tahan mencurah2 air mata keluar rasa sebak yang amat sangat.. Aku capai hp ambil video utk tatapan diri sendiri sahaja dan pembakar semangat aku..
Tiada sebesar debu pun aku nak menunjuk kepada org lain. Aku malu pada Allah..
Aku teruskan solat witir dalam keadaan Yang masih sebak..
Lepas tu aku hanya ada masa 7 minit utk sahur.
Kebetulan ada nasi Dingin 2 senduk dan ikan pari masin.. Aku rebus Telor 3 biji..
Aku cepat2 makan nasi.. Hampir separuh aku stop tgk jam dah hampir. Aku ambil supplements Herbalife aku gandakan 2x pekat.. Sempat minum 3/4 dengan azan kat hp. Aku stop minum dan ludah apa yang ada dalam mulut.. Dan cuci gosok gigi.. Telor xsempat makan.. Mungkin utk anak2 pagi nanti.. Aku dah niat puasa ganti awal2 lagi
Terus solat qada subuh sebelum dan selepas solat subuh... Pagi ni aku dah nekad nak balik kampung
Dan cancel pembelajaran aku harini..
.
7pg
Isteri kena pergi sekolah mengajar, anak2 ada.. Jadi aku decide akan bertolak lepas balik sekolah jam12:30
Pagi ni aku ajak anak2 pergi hntr produk kepada client aku di sepang dan puchong.. Dan selesaikan perkara yang patut (dlm cek list aku)
7:30 keluar Sama2..
Pengalaman qiamulalil sendirian
27/2/21
Cerita semalam, solat zohor dan asar di raub. Sebelum tu dah berhenti tdo sebelum masuk bandar raub 30minit sbb mengantuk waktu tghr (hari Mula2 puasa).
Sebelum sampai simpang ke bandar K. Lipis aku singgah berbuka puasa. Aku decide nak solat dimana2 hentian terakhir sbb jangkaan xsempat sampai rumah sbb ada nak jumpa customer.
Semalam aku drive sampai K. Krai nk bg customer produk utk masalah datok ya yang uzur dan baru kena strok 3 hari. Sampai jam 11mlm.. Lepas bgtau cara2 rawatan Metramedic kepada cucunya (wakil), dia rakam dan faham, lepas tu aku post di FB Metramedic Hasmadi Ezlly dan socmed.
Rasa mengantuk sangat2 dah.
Aku faham dan tahu risiko tapi aku nak cepat sampai sbb nak solat.. Aku xnak tangguh takut berat dan tak terdaya nak laksanakan serentak sekali dgn solat qada..
Paksa gagahi drive utk sampai.. 10 kali tak kurang aku terlelap.. Byk istifar. Akhirnya sampai juga jam 12:30mlm di kampung. Alhamdulillah..
Kejut ma, dia buka pintu.. Ayah duk kat dapur cari biskut utk makan.. Aku x banyak cakap terus masuk bilik.. Baring. Tertdo. Hampir jam 12:45. Niat nak solat masa bangun nanti. Sgt berharap dpt bgun awal.. Aku minta Allah jaga aku.
(Sepatutnya aku start writing kat sini tp aku nak cerita apa yang berlaku sebelumnya..)
Tersedar jam 4pg. Alhamdulillah. Byk masa untuk beribadah.
Aku bangun Suci diri.. Jam420 mula ganti solat fardu
Solat sunat wuduk, qada solat zohor 4 rakaat, qadar solat asar 4 rakaat, jamak dan qasar isyak 2 rakaat, magrib 3 rakaat, qada solat zohor 4 rakaat, qadar solat asar 4 rakaat, zikir... Doa.. Dan mengaji
Lepas tu aku capai hp tulis dulu story ni. Jam 5:18..aku nak sambung solat sunat tahajjud..
Solat sunat taubat, aku Tiba2 terlintas aku pernah siksa haiwan (lotong-monyet muka putih). Cerita lama dalam 5tahun lepas. Monyet ni sesat atas bumbung rumah xtahu dari mana. Aku nak tangkap, tahan pukat.. Monyet ni lari2 lompat atas bumbung rumah dan bumbung kilang keropok.. Akhirnya berjaya tangkap.. Aku takut tekan dia dgn kaki kuat2, Monyet ni meronta kuat lagi kuat aku tekan..akhirnya dia slow.. Aku tgk dia lemas xboleh nafas.. Xlama lepas tu mati... Aku pendosa.
Relate dgn solat kenapa keluar cerita ni? Aku tertanya2 macamn aku nak tebus dosa dgn haiwan?
Akhirnya aku terlintas.. Mungkin bisikan daripada Allah... Aku diminta bersedekah setiap hari xkisah berapa pun... Allahuakbar.. Allah ajar aku dalam setiap perkara untuk berubah menjadi org yang Berguna kepada masyarakat.. Aku harap Allah x tarik nikmat yang Dia telah berikan pada ku.. Syukur alhamdulillah
Cari probio HD drop, ada tinggal stok emergency kat Kg.. Titik dalam mata sambil zikir
Solat sunat rasa semua lancar tiada apa2 penghalang..aku dapat rasanya Allah mudahkan segala urusan aku dari segi ibadat dan urusan dunia.. Inshaaallah amin
Aku tulis nota ni sehingga abes witir.
Lepas solat sunat taubat, solat hajat dan solat witir... Semuanya berjalan lancar.. Lagi 5 minit masuk waktu subuh.. Masa tulis ni org tgh azan.
Aku nak sambung qada fardu subuh, solat subuh, qada fardu subuh.. Zikir. Quran..
Aku nak keredhaan Allah.. Nk jalan kan kewajiban dan nak bayar segala hutang2 aku denganNya selama ini. Apa yang aku harapkan aku kekal sihat dan sentiasa berada dalam LindunganNya.. Amin
Pengalaman qiamulalil sendirian dan aktiviti seharian aku
28/2/21
Alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar sehari sebelum tdo dah cari content utk ucap tido dan info Quamullail.
Tdo jam 12mlm setelah maafkan semua orang. Mmg sangat yakin dapat bangun awal.
Bangun 3:45..post kelebihan Tahajud. Bersuci diri.
4:15 solat sunat wuduk, qada solat fardu isyak (smlm solat berjemaah dgn family sempat qada 1 solat shj),
Solat tahajjud, solat hajat
Allah bg petunjuk dlm solat supaya tujuan utama sekarang ialah nak membalas Jasa ibubapa dan berbakti kpd mereka dan selepas tu baru org kekeliling dan masyarakat.
ALLAH bg petunjuk kena bagi duit kpd ma dan ayah (bg kpd ma) rm500 sebulan untuk permulaan. Dan Allah Sertakan jalan penyelesaian sekali. Tiap2 bulan aku dpt rm700 dari salah satu investment dan masuk akaun ayah.). 200 aku ambil rm500 biarkan dlm akaun akau keluarkan bg cash.. (aku prefer cash blh jumpa at least 1 bulan 1 x). Allah bg jalan penyelesaian sekali.. Alhamdulillah
Aku teruskan solat hajat. Hajat yang utama skrg sebelum hajat lain aku nak ma ayah sihat, panjang umur, dirahmati Allah, bahagia dan bg aku peluang untuk membalas Jasa mereka.. Panjang kan umur mereka.. Aku mohon sgt2 bagi aku masa untuk berjaya. Sekarang baru nak panjat tangga pertama ada 100 anak tangga.. Inshaallah aku sangat yakin boleh naik tangga sampai ke bumbung atas bangunan.. Yang paling tinggi boleh panjat.. Aku xnak jatuh lagi. Mereka lah Big Why kenapa aku buat semua ini. Tanpa mereka aku xwujud di muka bumi.
Solat witir..
Selesai jam 530pg.
Aku nak puasa.. Aku bersahur Herbalife 5 scope = 500kalori,jambu batu 1 biji, limau 2 biji
Jam 5:50 limau belum makan tengah duk writing story ni masa sahur..
1 mac 2021
Perjalanan dari kampung ke KL.
Singgah di Kg Banggol Kulim Mek Nab jam 4ptg bru selesai.. Aduh sakitnya keluaran Akbar harian. Aku buat lawatan.
.
Buka poso kat surau JPJ gua musang. Ada rokblok 30minit keto jalan mcam siput. Decide buka poso dalm keto sebelah surau.. Adik bagi bekalan makanan, tapau dalam packaging A A.. Lauk masih panas walaupun dah lebih 6 jam. Terima kasih adik.. Kakcik. Solat magrib & isyak (jamak qasar) xsempat nk qada klu lewat sampai.
.
Perjalanan di teruskan.sampai petronas raub jam1145.. Berhenti rehat dan niat nak tdo kat situ je. .. Testimoni covid.. Hntr ke semua socmed termasuk wasap.. Tiada coretan. Mungkin ubah hntr testimoni probio HD je.. Jam 12mlm hntr selamat malam..
.
Mata xboleh pejam lagi.. Aku nk teruskan perjalanan.. Akhirnya sampai bHP selepas tol bentong
.
. Tepat jam 1 pg.. Aku decide tdo situ dan niat nak bgun awal dapat balik ibadah kat rumah.. Sebb 1 hari xmandi..
.
Jam 3 pg tepat ajy tersedar dan kebetulan wife call. Elektrik kat rumah dari jam 6ptg lagi putus.. Bil elektrik dan air mmg aku sentiasa advance byr (perancangan jika satu hari xboleh byr) masa ada duit lebih aku byr lebih. Td wife call cakap anak demam panas...minta aku balik cepat. Badan sgt panas.. Dah la elektrik tak ada. Aku bertenang walaupun dalam hati Allah shj yang tahu.. Aku ckp dah otw balik.. Lepas cuci muka buang air kecil aku terus speed balik.. Dalam perjalanan aku minta wife bg minum air gamat dan spray badan dgn probio HD sbb aku tahu akan sejukan badan cepat dan salah satu cara buang haba.. Sampai sebelum tol Gombak ada rokblok aku x perasan sebb fikiran melayang.. Aku bawak laju.. Nasib baik sempat break tp polis dah perasan. Aku buat natural je.. Mereka minta aku bukak cermin belakang nak buat sport cek.. Dia tanya barang apa dlm Gabus.. Aku cakap ikan utk buat makan.. Dia tanya lagi betul ke? Aku ckp selamber jela betul.. Akhirnya dia mitak surat... Kalut aku cari sbb gelap. Aku buka tali pinggang cari cari surat.. Jumpa bg dia tgk. Ok dia puas hati.. Selamat risau banyk kerenah rugi msa.. Aku nak tgk anak dan nk selesaikan masalah elektrik dan ibadah.. Terkejar2 masa. Akhirnya sampai kat security jam 4pg.. Aku bergegas angkat semua barang2 dalm kereta guna trolley. Jumpa security cakap elektrik ada masalah aku dah cek incoming mmg xmasuk.. Kalut 4 5 org security pg ni sbb aku sedikit Marah. (saja buat Garang.. Hihi)
Rupanya kat panel tnb luar ada masalah contact.. Akhirnya nyala tapi lampu kelip2. Aku report lagi.. Aku tutup semua alatan yg guna current besar sbb takut rosak.. Voltage xcukup sbb masalah contact.. Kemudian elektrik terpadam lagi..aku call lagi.. Dtg cek.. Hampir 1 jam aku duk main dgn security akhirnya jumpa masalah.. Dia tunjuk fius problem panas.. Aku cakap ada masalah lain. Mungkin ada wayar short buatkan jadi panas.. Tapi minta aku report sendiri dgn TNB.. Aku cakap baik lah.. Dia pasang balik fius.. Tgk macam ok dah.. Xpe klu jadi lagi aku buat report esok..
Aku bersiap. Nak solat Tahajud.. Jam 5:15 bermula, solat tahajjud, solat taubat..
Masa solat taubat, aku terlintas semua bapa dan ibu saudara sebelah ayah dan juga ma.. Dan sepupu dan semua waris2 aku..
Mula2 ingat aku suruh minta maaf Lama2 aku faham minta tanya kabar dan jgn putuskan hubungan silaturrahim antara keluarga.. Alhamdulillah.. Inshaallah. Sebelum ni aku mmg tak ambil tahu langsung pasal saudara mara inshaallah lepas ni aku akan tanya kabar semua Kalau boleh...
.
Lepas solat taubat, after zikir dan doa taubat.. Aku ambil ruang jap utk tulis story ni. Jam 5:50 aku nak sambung solat sunat hajat. Solat witir.. Jam 6:15
Azan subuh 6:17
2 Mac 2021
Seharian aku hntr produk dan barang kepada customer di Shah Alam, TTDI dan Seri Kembangan,... Batu cave dan cheras(postpone malam) xsempat nak pergi sbb berkejaran masa. Sampai rumah jam 8:10mlm. 8mlm juga aku ada kelas marketing.
Aku bergegas solat magrib setibanya dirumah, habis solat xsempat berdoa aku terus buka laptop utk menimba ilmu.
Jam830.. Aku terlepas permulaan. Nasib baik bila join baru bincang Point pertama.. Agak ya baru bermula.. Alhamdulillah aku dapat ilmu satu2 aku Catatkan.
[Masa carat coretan ni aku tgh bersahur utk puasa.. Tgk jam ada 2 minit lagi minuman belum habis. Aku stop tulis jap sambung minum sampai habis... Lepas tu aku bersuci dalam mulut (guna water frost). Habis je cuci azan subuh berkumandang..] sambung cerita
Jam 10:00mlm customer call minta hntr barang di cheras.. Aku minta masa cakap nak habiskan kelas jap lepas tu aku pergi. Dia ok je..
Aku sempat solat isyak.. Tapi Tak sempat nak zikir & berdoa terus aku bergegas ke cheras. Aku bawak anak2 sebab ingatkan hanya hantar dan explain cara guna produk. Beliau mempunyai masalah buah pinggang yang diminta buat dialisis pada 17mac2021 (buat tapak). Bacaan creatinine beliau melebihi 600 dan tahap 5. Beliau juga ada masalah diabetis insulin 4x sehari dan jari kaki sebelah kiri dan kena potong (dah sembuh) akibat diabetis tak terkawal. Ada masalah darah tinggi dan masalah obes. Umo 50an,wanita.
Aku sampai di rumahnya jam 10:30mlm rupanya mereka menunggu kedatangan aku..ada 3 orang. Mak saudaraya dan juga sepupu (anak kpd mak saudaranya itu) umo anggaran 60an. Dan anaknya lebih kurang 40tahun.
Mereka jemput aku masuk.. Aku masuk dan aku xsampai hati nak tinggal barang mcm tu je. Aku buat LIVE selepas penerangan masalah beliau dan mencuba rawatan dgn sedikit shj dulu sebb beliau mempunyai masalah potassium.. Dan xboleh minum air byk melebihi 500ml sehari. Sbb kaki, muka dan badan dah bengkak air.
Aku minta izin bawa anak 2 aku masuk skali sbb lama tinggal dalam Kereta..dia suruh bawa masuk dan tegur xelok tinggal mereka kat luar tanpa pengawasan. Silap aku juga.
Setelah sesi live dan rawatan mata ibu saudaranya, aku minta izin utk pulang.. Jam 11:30 sudah. Aku belum buat copywriting dan edit video utk post malam ni.
Sampai rumah jam 11:45 aku semakin terkejar masa dan kelebihan sehari suntuk buat kerja.
Aku gagahi juga siapkan video pasal covid-19 yang dah sembuh selepas guna probio HD. Aku masukan dlm YouTube dan post ke semua media sosial aku.. Jam 12:15 aku dah tertelap tanpa sedar tak sempat hantar selamat malam kepada warga maya..
Aku tersedar jap terus masuk bilik tdo.. Jam 12:30
Bangun jam 4:45pg (agak lewat) aku terus bersuci dan cari info Qiamullail (agak lama) dan edit balik video yang aku buat sbb ada sedikit kesilapan ayat takut orang salah faham sbb isu covid sgt sensitif.
Siap semua aku terus solat wuduk jam 5:20pg, solat tahajjud
Masa solat tahajjud aku dapat rasanya pendengaran aku sgt jelas. Mcm berfungsi 100%. Sebelum ni kadang2 macam ada sedikit gangguan mcm tertutup telinga sebelah kanan.alhamdulillah mungkin aku nak bg aku kesihatan.. Dan aku tak harapkan keajaiban setiap kali aku Qiamullail.. Walaupun xberi apa2 petunjuk aku pasrah sbb aku hanya mahu keredhaanNya sahaja dan ingin menjadi hamba yang taat kepada Penciptanya. Inshaallah
Aku sambung solat hajat.. Selesai semua aku lihat jam sudah jam 6.aku ada 17 minit utk sahur..(telur ayam kampung saiz kecil aku rebus 4 biji sebelum solat sunat.
Dan semasa sahur hingga azan subuh aku menulis coretan ini.
6:40 aku stop tulis utk solat fardu subuh.. Bersambung rutin harian harini kelas marketing dari jam 8pg hingga 6 petang. Harap dipermudahkan segalanya.. Aamin
3 March 2021
Aku tdo jam 1230 mlm dan tersedar jam 2:20pagi. Capai talifon minum air pergi membuang (20minit).sambil membuang sambil tulis coretan ini..dan sambung lagi selepas keluar bilik air.. Jam2:40.
Jam 11 pagi kelmarin aku decide nak daftar anak2 sekolah bainy bunch antara tadika yang berjaya dan agak mahal.. Aku Fikirkan masa depan anak2 sebab banyak ke tinggalkan dalam pelajaran
. Kesian bila dah besar nanti lambat faham bila tak didedahkan dengan ilmu.. Aku mmg xada duit lagi tp aku yakin akan dapat bayar memandangkan bisnes semakin meningkat jualannya. Aamin
Aku ajak anak2 pergi skali dan aku nekad nak daftar terus. Aku xingat brp perlu byr utk pandaftaran 2 org tetapi agak mahal juga seingat aku (dlu dah pernah tanya sebelum daftar anak sulung kat Qdees) harga ya lagi mahal dari Qdees(antara Taska terbaik di Malaysia) dan paling dekat dengan rumah..
Apa yang aku berminat dgn Bainy Bunch ialah diterapkan ajaran Islam dan cara adap2 dalam Islam.. Bahasa English juga menjadi perantaraan dan majority semua anak orang Melayu tetapi Qdees campuran Cina dan India.. Aku aku fikir elok bergaul dgn bangsa lain tp skrg ajaran Islam perlu diasuh dari kecil.. Tahun depan anak suluh dah 7 tahun. Solat pun xtahu apa.. Jadi antara sebab utama perlu di ajar duniawi dan ukhrawi.. Biarlah sembang. Dunia sementara shj tetapi alam akhirat kekal abadi.
Dipendekkan cerita aku sampai jam1130 di office Bainy Bunch dan jumpa headmaster Puan Nurul.. Hampir setengah jam beliau explain pada aku berkenaan program sepanjang tahun.. Aku faham.
Akhirnya tiba masa yuran pendafran.. Agak terkejut tp aku dah nekad nak daftar juga walau Apapun terjadi.. Bgtau wife, Mula2 dia xsetuju akhirnya akur juga sbb aku yakin kan anak2 nak sekolah ni.. Mereka suka. Itu PETANDA yang sangat bagus.. Risau mereka tak mahu belajar.. Alhamdulillah
Yuran pendaftaran shj belum ada lagi fee2 lain ialah rm1700 seorang. Belum masuk pakaian, fee xxx (beberapa ratus) dan yuran bulanan aku ambil paling murah iaitu rm350 seorang..termenung jap aku fikir mcmana nak urus kewangan.. Duit ada ialah duit Syarikat utk dibayar kepada pihak jimmy mesir (duit ubat)..
2 orang rm3400 dan bulanan rm700. Jom kira berapa 1 bulan aku kena tanggung.. Dengan keadaan Ekonomi, pendapatan terkini aku bersih rm4000 sebulan. Hidup di ibu kota dan byk komitmen lain. Tapi aku sangat yakin blh bayar..sebab setiap hari aku berusaha untuk berjaya dunia dan Akhirat. Setiap hari aku berdoa moga Allah permudahkan urusan aku. Inshaallah
Jadi anggaran paling kurang aku kena tanggung sebulan secara purata ialah 3400 + 700x12 = rm11, 800 setahun sekurangnya aku kena spent pembelajaran anak2.. Atau rm983 sebulan atau rm33 sehari utk 4 jam sehari shj. Setiap 1 jam dibayar Rm8.25 atau rm4.20 untuk seorang anak aku.. Breakfast disediakan.. Nampak berbaloi kan? Aku pun baru tahu sebelum ni aku tak kira pun.. Tapi perlu ingat.. Sabtu ahad cuti..so 2 hari tak boleh kira... Jom kira balik.
1 bulan ada 8 hari cuti.. 1 tahun ada 8x12 = 96hari cuti sekurangnya.. Malaysia terkenal dgn byk cuti perayaan dan hari sempena2 ni..
Aku anggaran cuti dalam setahun 100hari (paling kurang)..
Jadi.. Sehari aku dah byr kan Rm33 x 100hari = rm3300 aku byr yang sia2..
Jom kira balik berapa aku spent sehari yang sebenarnya..
Total hari dlm setahun ialah 365hari betul? OK tolak hari cuti ialah 365-100 = 265hari sahaja..
Jadi rm3300 ÷ 265 = rm12.50 lebih kurang..
Jadi...... Sehari aku spent aku anak seorang untuk ilmu ialah rm33+rm12.50 = rm45.50
Setiap 1 jam dibayar 45.50 ÷ 4 = RM 11.40 dan setiap orang anak aku ialah rm5.70 / orang... Ok ke OK??
Bagi ku sangat berbaloi..
Setiap hari aku beli makanan pagi sekurang2nya rm10.00 atau rm5.00 seorang..sekarang pihak Taska sediakan breakfast dan ajar anak aku ilmu agama dan Akhirat lagi.. Sgt2 beruntung..tambah 70sen sahaja hidup inshallah boleh jadi manusia berguna.. Alhamdulillah aku sendiri baru faham... Aminn..
Jam dah 3:09pg
Jadi Dipendekkan cerita aku nekad nak daftar juga dan aku xkira pun macam kiraan tadi.. Nampak mmg mahal tapi bila kira2 balik sangat2 berbaloi..
Puan nurul (headmaster) tawarkan ansuran 2x bayar.. 50% lagi selepas 6 bulan.. Alhamdulillah tak berat sangat bila Fikirkan.. Jadi aku perlu bayar rm1700 dahulu.. Dan setiap dan sebelum 5hb rm700 untuk fee bulanan.. Hurmm.. Fikir balik mahal pulak.. Hahahaha.. Aku dah nekad.. Aku akan cari jalan utk byr.. Inshaallah.. Aku register dan pembayaran semua online.. Jadi Puan nurul minta aku buat pembayaran bila sudah terima email paling lewat petang ni (ptg kelmarin) aku setuju..
Kemudian aku ajak anak2 beli kasut sukan sbb dah 1 minggu janji nak beli kasut utk diorang di desa pandan..first nak beli slipar ke si kecil. Dia pakai slipar perempuan warna pink.. Aduhai.. Berhenti kedai serbaneka..aku dapat rasanya byk duit habis harini sbb byk list to do aku perlu nk selesaikan.
Kat kedai serbaneka.. Aku beli slipar Aufa, Facemask dewasa dan kanak2, holder hp letak dlm kereta,..
Anak2 dah excited pergi selongkar seluruh dalam kedai.
Bahagian Harraz... Bola sepak, jam tangan Sofia utk bg hadiah kpd sepupu ya, payung Budak2 (entahla apa yang dia terkenan apa benda tak tahu la). Bahagian Aufa si cilik pula.. Jam tangan (abg dia dah beli awal2 mak saudara dia belanja-jam xsampai rm10), kereta remote control (sakit kepala dah)..
OK semua sekari rm150... Senang kira.. Pastu beli motor pump akuarium rm70.
Kemudian pergi kedai spek mata pula.. Mmg niat nak tukar spek power.. Sbb rasa xselesa dah spek yang pakai.. Dah 2 tahun guna yang lama dan byr calar pada kanta..
1 jam juga kat sana utk buat pemeriksaan mata.. Power dan meningkat kpd 420..sebelum 375..dan ada sedikit silau... 5.
Ok aku nekad nak buat spek..
Habis lagi rm600 (lebih kurang) bingkai flexible dan kanta ada uv dan antisilau..
Beli nasi ayam 2 bungkus anak2 lapa. Rm15
Kira jap dah berapa habis belum masuk byr yuran pendaftaran nanti
Total 150+70+600+15 = rm835 dlm masa xsampai 2 jam.
Aku terus bergegas balik jam dah 2:15ptg aku sampai rumah. Aufa dah tertdo.. Terpaksa dukung dan bawak barang2.. Aduh!
Rehat jap baring2 Harraz duk kalut nak makan nasi ayam.. Aku baring2 dan terlelap. Penat kering tekak sebab puasa.. Belum zohor lagi.. Tdo dlm sejam juga rasanya..Terjaga jam3:30ptg.. (wife dah balik dari sekolah dlm jam2:40-tengah lalok nak tertdo masa tu).. Aku mandi dan pasang motor pump akuarium.. Lama juga sbb paiping longgar.. Jam4ptg belum asar...
Mandi skali lagi sebelum solat asar sbb air ikan kotor... Aku solat qada asar 2 kali, dan solat asar.. Jam5 aku kelas online.. Kelas xboleh focus layan wasap customer byk.
Lepas kelas banyak aku selesai kan apa yang patut dan buat copywriting.. Dan edit video pasal covid..
Dah.. aku nak post pasal Tahajud
Membesarkan Rongga Paru-paru, Ini Antara Kelebihan Bangun & Tunaikan Solat Tahajud.. Jam dah 3:40 pg.. Dah 1jam 20minit aku menaip coretan ini..lepas post aku nk mandi nk solat sunat.. Sambung lepas selesai semua solat nanti.
Baru siap posting ke socmed.. Jam4 mandi dan terus solat sunat
Solat wuduk, tahajjud
Masa tahajjud ter fikir minta selesaikan dlu semua urusan tertangguh sebelum ni.. Hubungan ke keluarga an.. Pak2 saudara dan mak2 saudara kedua pihak.. Guna penghantaran.. Pok Ak dan Ma.
Sambung solat taubat,
Berhenti dlu siapkan checklist.. Broadcast BMI dan referral.
5:45 solat hajat,
Terbayang wajah seseorg dlm wechat sbb pakai seksi sedikit shj sbb dia org dekat kampung aku.. Aku xnak fikir tapi keluar juga wajah tu. Kemudian baru aku sedar jgn guna media social yg banyak maksiat.. Wechat.. Miichat.. Dan aku ada guna blogspot tp banyak benda xsenonoh dlm tu.. Tumblr.. Jadi aku kena pindah kan semua copywriting dlm tu ke blogspot lain. Terlintas mimi kawan wife dia ada blogspot.. Nanti aku survey..
Solat witir... Abes witir baru tulis coretan ni. Tamat menulis azan subuh. Nak post selamat pagi dlu
[Sambung coretan 10 min sebelum subuh 4/3/2021]
Cerita pagi ni, anak2 Siap2 dah mandi, pakai semua pakaian harian (baju Taska belum dapat order lagi), 7:30 turun rumah sambil buat live, masuk dalm kereta sampai hantar depan cikgu buat live dan sampai balik rumah jam 8pg stop live. Mungkin setiap hari kena mentari dalam Kereta dan otw balik singgah taman untuk dapatkan sinaran Mentari Pagi (vitamin D semulajadi) Platform belajar dah bukak tp biasanya jam830 baru start pembelajaran. Ambil masa utk breakfast dlu dan tgk checklist buat apa yang patut sambil makan.. Hari yang menenangkan tak risau pasal budak2.
Banyak followup dengan client dan update socmed.. Kelas dah bermula dan xdapat beri focus sepenuhnya dan hanya faham 50% sbb byk nak update checklist dan layan customer..sepanjang kelas mmg tak dapat focus (sbb ada relive balik nanti) jam 1 habis kelas dan aku bayarkan semua fee Taska utk mac first time rm1050 utk 2 orang..
Dan aku juga byr fee yuran pembelajaran dgn Richworks pertama kali juga iaitu rm499.
4 March 2021
Tdo 12:30
Bangun 3:45
Suci diri, mandi, update socmed, content.
Solat wujud, tahajud
Masa Tahajud Allah bg kesihatan beransur2 sembuh atas segalanya.
Minta selesaikan dlu tugasan yang pending.. Abe sof dll.
Solat taubat..nampak setiap orang wajah2 atuk2 tok yang yang meninggal dunia.. Ada yang terseksa.. Minta sedekah alfatihah setiap hari sebelum tdo..
Sahur utk puasa.. Buah la + anggur, Herbalife 1,telor half cook 3, nasi 1 senduk, pari bakar.. Bendi 5 btg
Nasi makan 2 mulut shj... Pari 300g..semua tinggalkan
Cuci mulut.. Solat hajat.. Inshaallah dipermudahkan segalanya
Xsempat solat witir
5 March 201
Jam1240 belum tdo lagi tp sangat ngantuk. Baca Doa dan sedekah alfatihah kpd mereka yg dah meninggal.
Bangun 2:25pg lepas selesai buat solat wuduk dlm Mimpi.. Kemudian nk buat solat lain ada org kejut bangun suh buat... Bangun terkebil2. [ditulis pada 6/3/21 jam 1:50pg]
Buat list to do.. Selesaikan dlu apa yang urgent. Banyak habis masa dengan cek list.. Dan start delete memory hp dan setting semua wasap group dlm hp. Xmahu download video secara auto. Sbb memory cepat penuh.. Delete semua video merapu2 dlm file. Ambil masa sangat lama hingga sampai dekat subuh nak siapkan sambil buat kerja lain. Download backup data 'G cloud' byr rm8/monthly. Aktifkan Google Photo dan update maklumat.
Jam 5pg..solat witir, solat tahajjud
Masa solat tahajjud 3 kali rasa meremang bulu roma macam alarm.. Kemudian terlintas belum minta maaf lagi dengan abe sof.. Kerja tertanggu.. Lepas tu terus wasap beliau (nasib baik ada wasap) dlu hanya call shj dia tahu.. Org tua umo lebih 70an. Xtahu la dia baca atau tak tp aku terus wasap bgtau yang terpendam.. Aku xtahu respon dia Macamn.. Tapi aku janji aku buat. Lepas tu rasa lega sedikit dalam hati walaupun mungkin dia xbaca.
Lepas tu solat taubat
Dalam tgh solat minta sy buat doa selamat di kampung (dlm hati Ekonomi xkuat lagi) kemudian minta bg makan kepada budak Tahfiz, jemaah surau.. Aku terlintas tok iman kat Kg dan ustaz kamal (byk mengajar) kat kampung.. Aku kena tanya mereka berdua dlu. Masukan dlm cek list dlu takut terlupa.
Buat solat hajat, hajat yang sama, buat, solat witir.
Solat subuh qada 4 rakaat, subuh, zikir dan ngaji.. Habis dlm 6:45.
Kemudian wife dah masuk cakap anak sulung panas badan.. Ah sudah..
Aku pergi cek panas juga mmg demm tp xpanas sangt.. Yang ni mmg susah klu nk bg minum air gamat.. Masa dia tgh tdo,aku ambil probio honey spray kaki dlu.. Ok xsedar.. Kemudian spray perut, dada cepat2 takut dia sedar.. Sempat spray seluruh tubuh..bawah ketiak kemudian dia tersedar terus bangun larikan diri.. Pergi cari Sinki nak cuci sambil nangis.. Aku halang jap sbb air tu akan meresap masuk dalam badan sekejap je. Bila badan panas Liang roma terbuka, mudah probiotik masuk.. Dan lawan kuman2 jahat.. Antibody jadi kuat dan haba akan keluar. (aku faham konsep)
Lepas tu dia nekad nak gi cuci aku biarkan biar badan dia sejuk dan Liang roma akan tutup balik bila sejuk. Bijak kan tu.. Heheh
Aku tanya dia demm ke dia cakap panas sket. Aku biarla dia sambung tdo.. Aku pun pergi baring kat bilik study.. Mmg xpergi sekolah dah Dua2 ingat nak wasap cikgu bgtau.
Tiba2 aku xsedar tertdo.. Dari jam 7 sampai jam 8 pagi. Aku tersedar tgk Budak2 ni masih tdo. Aku pun wasap cikgu cakap xhadir sbb Harraz badan panas. Aku xrasa lagi suhu badannya masa wasap.. Lepas tu aku pergi cek badan dia dah normal... Alhamdulillah tapi yang buat sadis, baru 2 hari sekolah hari ke-3 Dua2 dapat cuti free dan aku xdapat turun ambil Mentari Pagi.
Jam830.. Buat live kat luar sampai aku story pasal anak dan kena sinaran pagi yng agak kejam juga. Aku biarkan slm 15minit berpanas.. Misi tercapai.
Aku kejut anak2 suh bangun mandi.. Semua bangun akur.. Aku sediakan makanan (buah an) sementara aku masak an nasi.. Ayam kampung sebelum subuh hari lagi dah rendam. 4 ketul besar
Kemudian aku Bfast. Flatform kelas online dah buka to belum officially lagi.. Aku siapkan diri dan anak2..mandi..energy aku sangt tinggi.. Nak belajar.
Dah.. 9:16 - 6ptg aku dapat focus 100%.
Masa rehat aku goreng ayam 2 ketul dan fryer 2 ketul.. Nasi dah ada aku panaskN shj.
Bagi Budak2 mkn aku makan sama. Wife dah balik Dr sekolah.. Dia dah beli makanan.. Makan Sama2 semua.. Tghr sempat hantar produk kpd client dan dia jiran di blok sebelah.. Aku solat zohor ganti jumaat. Platform jam2 dah buka..officially jam 3..focus balik.. Alhamdulillah byk sgt ilmu dapat.. Aku sedut betul2.
Selesaikan apa yang patut.. Semua Kerja berjalan lancar. Buat live posting.. Timing sangat cantik!
Magrib isyak..Dan copywriting, live.. Smpai jam 11mlm dah selesai Semua kerja tp aku dah rasa ngantuk sangat dah. Cari content utk esok.. Sempat selamat malam je. Jam 1130 mlm dah ready nk tdo.. Hantar last mesej. Fatihah utk mereka telah prgi dan niat nak bgun qiamulalil.
6 March 2021
Sambung coretan di atas
Tiba2 tersedar jam 1:15am..tgk Budak2 tak tdo lagi, tgk hp awl lagi.. Takpe aku terus bangun..mmg bangun aku minum air suam dlu 2 gelas tanpa cuci muka.. Sangat bagus utk kesihatan.. Bg pelincir badan jalan. Kemudian aku terus pergi dapur nak sediakan sahur..
Fryer ikan, sediakan jambu Batu, masak mushrooms, carrot, masak nasi, Herbalife, Telor,.. Ambil gambar.. Pagi nanti baru post ke broadcasting bmi & Kalori. Ada 13 org. Suruh anak2 tdo paksa.. Jam 1:30 pg..
Kemudian sambung writing sambil makan jambu dan Herbalife.. Habis je tulis ni jam 2:30 aku. Nak makan nasi dah tp rasa kenyang.. Makan Telor dlu nasi dekat subuh nanti. E
7 march 2021
Semalam seharian rasa ngantuk byk kali tersengguk tapi paksa tak nak tdo terus belajar.. Akibat ya xboleh focus. Jam 10 dah ngantuk.. Paksa diri tdo jam 12.
Akhirnya tdo jam12 selepas terseksa nak cari info selamat malam.. Alhamdulillah tepat jam 12mlm tdo.
Bangun 3:25..alhamdulillah cukup bertenaga. Suci diri buang apa yang patut sambil writing semalam dan sekarang.. To be continue jam 3:40
Post ke group udang galah dan update kalori semlam
Lihat list to do.. Siapkan yang patut dlu. Cari tahajjud
Mandi
5:15 start solat
Solat sunat wuduk, alhamdulillah rasa sempurna sbb dah buat kerja tertangguh sebelumnya
Solat Tahajud, diminta ajak isteri dan anak2 mula belajar solat skali, Sama2 terlibat.. Susun balik solat qada. Inshaallah
Solat taubat, bisikan rapatkan balik silaturahim masa zaman Budak2 dan sepupu2 tanya khabar je..
Sambung solat sunat hajat dan witir.. Habis shj azan subuh berkumandang
Kejut isteri bangun solat
8 March 2021
Tak sedar tertdo jam berapa tapi jam1130mlm dah mula baring.. Xsempat nak hantar ucapan selamat malam. Huhuhu
Bangun jam4:25 pg.. Puas hati rasanya tdo. Lepas bangun ucap terima kasih sbb hidup kembali selepas mati. Alhamdulillah
First minum air suam 2 gelas untuk lancarkan perjalanan darah dan kesihatan.. Mmg amalan sy setiap kali bangun dari tidur. Kemudian mesti membuang dlu.. Tanda2 penghadaman kita bagus.. (masa ni la buat KARANGAN.. Hihihi)
NAK sahur, nak mandi, nk solat.. Inshaallah.. Sambung Jap2 lagi
Sahur habis 5:30. Mandi gosok gigi.. Solat sunat wuduk, tahajjud
Diberi peringatan supaya tolong adik beradik dalam Kesusahan... Inshaallah
Jam 5:53, Sambung solat taubat,
Alhamdulillah diberi petunjuk minta bantu ipar duai ada masalah kesihatan.. Kebetulan semalam aku pergi melawat kakak ipar di Hulu Langat, Dusun tua.. Cuma bertanya kabar sbb lama xpergi.. Abe di (abg ipar) ada masalah kesihatan yang tak tahu punca.. Makin lama mata semakin x nampak. Tiada masalah diabetis, darah tinggi dan lain2. Cek hospital jumpa pakar cakap tekanan pada mata.. Aku cuba nak bantu tapi xtahu.. Tapi aku ada infaq padanya probio HD.. Cuma xbgtau mcmn cara nk guna.. Dlu dia xbeli tp xguna sangat sebb pedih mata titik dalm mata tp aku bg dalam bentuk spray inshaallah xpedih sangat dan effective.
Jadi masa solat taubat aku diberi sedikit jalan penyelesaian utk masalah ni, masa solat taubat sujud terakhir, Kena baca tasbih Nabi Yunus masa dlm perut ikan yu 40x..perlahan2..makin lama sujud makin bagus..
Lepas bagi tahiyat akhir dan bagi Salam, Terus spray probio HD dalam kedua mata dan pejam celik sambil istifar 10x atau 100x..teruskan istifar dan baca doa seperti biasa.
Bila kita lama sujud, tekanan darah akan turun semua ke mata, dan menyebabkan saraf dan perjalanan darah akan lebih lancar dan probio HD akan membuatkan mata kurang keradangan dan kurangkan tekanan.. Inshaallah aku sangat yakin usaha ini ada 100% akan berjaya. Dah hampir 1 tahun abe ni ada masalh ni dan perniagaannya dah hampir lingkup sebb xdapat nak uruskan. Dia nak jual bisnes dia buat dah 14 tahun.. Sebulan modal pusingan katanya 100k..tp kini simpanan dah hampir habis.. Mudah2an Allah bg petunjuk dan keluarkan ujian yang menimpanya.. Aminnn
Jadi lepas solat aku terus wasap kakak ipar dan abe di minta dia bangun Qiamullail dan buat solat taubat setiap malam dan kosistan 40hari..
Azan subuh berkumandang.. Membuang skali lagi sambil tulis coretan ni.. Nak solat subuh dan hajat pula.. Inshaallah
(dilarang PD 9/3/21 jam 12:18)
Hntr anak sekolah, balik rumah update checklist, jam 10 elite x, update sales report (rupanya app software trial semua yang tulis bulan 3 hilang..ingatkan sales langsung xde minggu pertama mac rupanya tulis selama ni xmasuk rekod. Pening jap. Sbb byk nak kena cek satu2 dan mesti tally..
Seharian duk ngadap benda ni sampai Budak2 balik sekolah pun xsiap. Dekat asar zohor pun x solat lagi. Cepat2 solat zohor.. Lara dah aku.. Lepas tu terus sambung buat database.. Banyak urusan lain hancur. Nak kena siapkan database juga.. Client call tanya jadi tak antar barang aku ckp jadi petang.. Padah aku tgh kalut lagi. Waktu asar. Terus solat dan sambung lagi buat.. Qada magrib dan asar xbuat. Zikir doa xbuat... Sampai jam 5 ptg barulah lega hampir siap masukan data2..terpaksa langgan app utk 3 bulan lagi.. Nak lifetime kena byr 900..byr dlm 150 shj dlu xada duit.
Kemudian aku bergegas nak deliver barang.. Dah bgtau client di Ampang terpaksa postpone esok sbb dia nak buat rawatan kat anaknya..
Inform client shah alam dah nak gerak.. Jam 5:30 dia cakap sempat ke? Xnyusah ke skrg waktu puncak..dia nasihat antar esok je dia xkisah dia faham keadaan aku.. Klu customer mungkin xfaham.. Terima kasih tuan..
Kemudian aku decide pergi opis ambil barang2 dlu.. Sampai jam 6 ptg office sentul. Bos tgh buat live xleh nak sembang.. Ambil barang terus blah..
6:20 bos call suh patah balik nak sembang dgn aku.. Aku dah otw ke Gombak nak antar barang ke client .. Terpaksa tolak sebb aku puasa nak hntr barang lauk berbuka belum ada.. Dia OK.
Masa kat opis sempat beli buah2 troika pisang, anggur, Mangga dan jambu.. Melayang rm50.
630ptg aku buat live sambil drive menuju rumah client di Gombak..
Bobel Bobel Bobel.. Sampai kat rumah dia aku teruskan live..dlm 15 min juga aky kat sana.. Hp duk dlm kereta aku duk sembang dgn client. Masalah anaknya dah kawin 1 tahun tp belum ada rezeki dapat zuriat.. Dlu aku dah bantu.. Aku bg pahnisiala dan Pro M.. Alhamdulillah dia cakap byk perubahan tapi xteruskan ingatkan dah lekat tapi xjadi.. Katanya dlu sarung xada skrg sarung dah ada cuma xkuat.. Aku cakap kenapa xteruskan rawatan masa tu bg betul2 lekat.. Dia xboleh jawab.. Tu skrg minta sambung balik..aku hanya syorkan Pro M shj pahnisiala xperlu sbb dah pernah minum janji sel mungkin dah cantik.. Client aku ni kerja dia main golf je. Org dah lama bersara.. Aku xtahu kerja apa tp somebody la.. Malas nak tanya. Sepatutnya aku kena tahu. Tp biarlah walaupun dia tan Sri ke aku xambil port aku buat natural je dgn semua client walaupun dia YB, atau menteri.. Hubungan lagi special aku rasa macam ni treat as my friend..
Lama membuang sbb karang cerita ni..keluar 2:40..ambil wujud.. Nk qada balik solat Qada yang kena Qada semalam.. Faham ke fHam ni.. Insyk pun belum solat lagi.. Sbb tu tdo xsampai 1 jam je sbb solat x sempurna lagi. Allah kejut aku suh solat dan sebelum tersedar dia tunjukan solat aku tergopoh gopoh kemudian suh bangun solat.. Ganti balik. Allah sayang aku.. YA ALLAH jgala Kau tarik nikmat yang telah diberikan ini.. Aamin.. Aku xboleh laro lagi.. Dan a arini(esok) aku puasa..
Sambung cerita tadi.. Jam6:45 ptg aku minta izin utk balik sbb nak berbuka puasa. Dia OK je aku je sembang banyak kot..masa tu masih lagi tgh live..otw balik bobel2 lagi masa live...hampir jam 7ptg aku end Live Fb. Perjalanan Waze lg 30 minit baru sampai aku tahu mmg xsempat.. Makanan belum beli. Aku call wife suh order nasi arab.. Aku xambil port bila bgtau dia pasti dia ada masalah kebiasaannya.. Macm susah nak faham bila dapat arahkan daripada aku.. Dia xboleh focus bila aku bg arahan..xapa la mungkin rezeki ya mcm tu..lepas 10minit aku call lagi tanya dah beli ke nasi arab.. Dia cakap aku xsuh beli sbb tak sempat.. Masa call aku xada cakap mcm tu pun aku suh dia order.. Mmg aku dah agak.. Hahahaha
Takpe la aku nak beli sendiri. 7:25..dah dekat magrib aku sampai dekat dee nasi ayam dekat dah dengan rumah.. Aku order 3 bunkus dan sayur.. Dah masuk waktu berbuka puasa aku pergi cari pisang dalam Kereta.. Berbuka sambil berjalan dan sambil tunggu nasi ayam siap.. 745 sampai rumah. Aku suci diri.. Mandi solat magrib dlu..jam 8 baru nak makan.. Sempat Qada magrib 4 rakaat tp xzikir dan mengaji...
Makan dlu.. Kemudian solat isyak.. Tanpa Qada, zikir, dan ngaji..kena Qada lagi isyak..cari content
{keajaiban berlaku-aku tulis semua hilang sbb lara x solat isyak lagi.. Aku tamat kan kat sini} jam 3 solat isyak dlu
Comments
Post a Comment