(006) Pengalaman Qiamulalil 20-30 April 2021

 (006) Pengalaman Qiamulalil 20 April 2021


Pengalaman Qiamulalil 20 April 2021

Tido = 10:00am. 

Bangun = 3:00 am

Suci diri, update kalori & Qiamulalil 

4:00 solat wuduk,tahajjud

Hidup ni pilihan, kita jgn mudah tertipu/dibodohkan oleh org. Pilihan kita yang buat.. 

Cth: System barter drill dgn jimmy..

Dalam business kita kena tegas dan tak tertindas.dah betul

4:30 solat taubat

Buat perancangan masa hadapan. 

Plan apa nk buat supaya kehidupan lebih TERSUSUN. Inshaallah 

Solat subuh, solat hajat


Pengalaman Qiamulalil 21 April 2021

Tido = 11:30am. 

Bangun = 3:15 am

Layan customer gerd, Suci diri

4:15 solat wuduk, tahajjud

Muhasabah diri jangan cepat fikir kita dah sempurna. Perbetulkan diri dahulu sebelum nk betulkan orang lain. 

4:35 solat taubat

Jadi lah role model yang baik supaya boleh menjadi ikutkan kepada mereka nk berubah ke arah kebaikan. Jadi sumber inspirasi.. Inshaallah

Solat subuh, solat hajat


Pengalaman Qiamulalil 22 April 2021

Tido = 11:00am. 

Bangun = 3:45 am

Suci diri,

4:10 Solat wuduk, tahajud

Betulkan niat asal tahajjud jgn sampai rasa riak dan takbur. Bukan utk menunjuk tp mengajak mereka ke arah kebaikan..

Post dlm fb page dan share ke personal ok.. Bila post ke personal timbul rasa bangga sbb nk bg contact rapat kita lihat kita buat Tahajjud. Nauzubillah minta di jauhkan perasaan mcm tu.

Tahajud utk dapatkan keredhaan Allah bukan utk menunjuk.

4:30 solat taubat

Boleh berkongsi ilmu, pentanyaan, perasaan dengan org yang dapat membantu kita.. Ma, ayah, dan isteri. Mere pun boleh tapi semuanya ya betul dah salah masalah juga.

4:45 Solat hajat


Pengalaman Qiamulalil 23 April 2021

Tido = 11:00am. 

Bangun = 5:00 am

Suci diri, 

5:20 solat wuduk, tahajjud

Bila masa singkat, semua kerja jadi tak sempurna termasuk solat jadi tergesa2.. Urus masa dengan baik.

Solat taubat

Solat sempurna cuma tak khusuk sbb masa terhad. Bila masa singkat, semua kerja jadi tak sempurna termasuk solat jadi tergesa2.. Urus masa dengan baik.

Solat witir

Sahur

6:20 solat subuh, qada subuh, solat hajat, ngaji


Pengalaman Qiamulalil 24 April 2021

Tido = 11:00am. 

Bangun = 3:15 am

Suci diri, 

4:15 solat wuduk, Solat tahajjud 

Terus sebar kebenaran atau kebaikan jgn hirau apa org nak kata kpd kita apa yg penting dah buat setakat yang termampu.. 

[*Pesanan Penaja.. 

Ngama vs Penyokong Vaksin. Kikiki

Solat tahajjud Nabi Muhammad saw xpernah tinggal, Nabi ngama? Jawab pucon.. Jawakk..*hi hi hi] 

4:40 solat taubat

Jgn tunjuk atau merasa diri hebat sebab nak tunjuk Alim (dalam ibadat) takut timbul perasaan riak dan takbur. Biarlah diri sendiri shj yang tahu apa yang dibuat. Inshaallah 

4:58 Solat witir, 

Solat subuh, qada subuh, solat hajat


Pengalaman Qiamulalil 25 April 2021

Tido = 1:30am 

Bangun = 3:30 am

Aufa demam uruskan dia. 

4:20 solat wuduk, tahajjud 

Utama kan family, kesihatan dan tanggungjawab dahulu baru Hal lain. 

Solat taubat

Sentiasa Jaga kebajikan isteri dan anak anak. Didik anak menjadi anak yang soleh.. Ajar mereka dari awal


Pengalaman Qiamulalil 26 April 2021

Tido = 11:30am 

Bangun = 3:00 am

4:00 solat wuduk, tahajjud

Takutlah dengan azab Allah. Buat ibadah (ikhlas) dengan harapan dapat Pengampunan dari Allah.

Folowup zeme. Tanya khabar.

Solat taubat

Jgn buat maksiat, dosa berterusan dalam sedar, tahan dugaan dan nafsu.

Ikut jalan yang halal. Inshaallah taubat akan jadi taubat nasuha..


Pengalaman Qiamulalil 27 April 2021

Tido = 01:00am 

Bangun = 4:20 am

4:40 solat wuduk, tahajjud

Fahami setiap bacaan dalam solat termasuk surah lazim.. Faham berkenaan apa surah tu

Solat taubat

Selesaikan kemelut rumah tangga dengan berbincang dgn pasangan apa yang kurang apa yang lebih


Pengalaman Qiamulalil 28 April 2021

Tido = 02:00am 

Bangun = 3:40 am

Bersuci, mandi junud

4:10 solat wuduk, tahajjud

Keluarga akan bahagia bila isteri dapat menjalankan tugasnya mengikut tugasnya sebagainya seorang isteri mengikut ajaran Islam yang sebenar...nk nikah ramai pun xada masalah jika masing2 tahu tanggungjawab yang sepatutnya. 

4:35 solat taubat

Solat Taubat perlu buat setiap hari sebb manusia ni pendosa. Hari2 buat dosa samada sedar atau tak.. Kena mmg selalu minta pengampunan dari Allah kerana Allah Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Inshaallah 

Solat hajat

5:00 solat witir


Pengalaman Qiamulalil 29 April 2021

Tido = 11:30am 

Bangun = 4:20 am

Bersuci,

4:40 solat wuduk, tahajjud 

Tanya khabar client.. Buat lawatan

Solat taubat

Kena faham dan tahu setiap bacaan dalam solat dan tujuan perbuatan dalam solat. Berdiri, Rukuk dan sujud


Pengalaman Qiamulalil 29 April 2021

Tido = 12:00am 

Bangun = 4:10 am

Bersuci,

4:35 solat taubat, tahajjud 

Ambil tahu kebajikan/kesihatan anak dan isteri.. Rawat segera jika sakit

Solat taubat

Minta izin dgn isteri jika ingin bersama. 

Solat witir


Pengalaman Qiamulalil 30 April 2021

Tido = 11:30am 

Bangun = 3:30 am

Bersuci,

4:10 solat taubat, tahajjud 

Pandai urus duit, kira setiap bulan perlu agihkan Siap2 utk semua tanggungjawab dan bayaran yang wajib termasuk isteri dan ibubapa

Solat taubat

Penuhi segala keperluan isteri.

Bg dia happy.. Duit bulanan, keperluan peribadi, dan dengar segala luahan hatinya.

4:40 solat hajat

Comments

Popular posts from this blog