𝟓 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐓𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐓𝐮𝐛𝐮𝐡 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧
𝟓 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐓𝐚𝐤 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐓𝐮𝐛𝐮𝐡 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 (baca sampai habis jika kisah dengan kesihatan diri sendiri)
Selalu dengarkan tentang sistem imun? Tetapi dalam masa yang sama ada yang menggunakan nama sistem imunisasi juga. Sebenarnya penggunaan ayat imunisasi ini adalah salah kerana imunisasi merupakan sebarang perlakuan yang mempengaruhi sistem imun kita. Sistem Imunisasi tak wujud tetapi jika program imunisasi, itu baru betul contohnya macam program vaksinasi. Itu adalah salah satu contoh program imunisasi.
Tapi apa sebenarnya sistem imun ini?
Badan kita telah dilengkapkan dengan sistem pertahanan badan yang sangat hebat. Sistem imun ini seperti bala tentera dalam badan yang membantu untuk mengelakkan dari penyakit terutamanya jangkitan daripada pathogen. Pathogen ni sebenarnya adalah bahasa sains yang membawa maksud benda-benda yang boleh menyebabkan sakit termasuklah bakteria, virus, fungus, dan sebagainya. Jadi, sistem imun badan lah yang akan mengelakkan kita dari jangkitan kuman ni.
𝟑 𝐟𝐮𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐢𝐦𝐮𝐧 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡:
1) Mengelakkan jangkitan kuman, virus dan pathogen untuk elakkan penyakit berjangkit.
2) Sel imun badanlah yang bertanggungjawab untuk menembak, makan (cerna) atau bunuh sel kanser.
3) Melindungi badan dari sel-sel rosak, sel-sel mati dan lemah dalam badan.
𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐢𝐦𝐮𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟐:
1) Imuniti Innate (Dalaman atau Semulajadi)
- Contoh seperti Faktor Fizikal atau Faktor Kimia
- Faktor Fizikal ini seperti kulit yang mana kulit adalah perlindungan fizikal dan menghalang kuman dari memasuki badan.
- Faktor Kimia pula adalah bahan yang dirembeskan oleh badan untuk mengelakkan daripada jangkitan. Contoh paling mudah dalam perut menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai pH sangat berasid. Umpama bila anda masukkan tangan ke dalam perut, bila dibawa keluar tangan tu hanya akan tinggal tulang. Ini bagi mengelakkan jangkitan daripada memasuki perut.
- Contoh lain adalah seperti air mata yang mengandungi bahan untuk membunuh kuman pada mata dan bahan untuk mengelakkan jangkitan. Jika telinga pula ada tahi telinga yang mengelakkan kuman memasuki badan daripada telinga. Ini semua adalah sistem kimia yang melindungi badan.
- Sistem Innate juga melibatkan beberapa sel untuk menelan kuman-kuman berbahaya
2) Imuniti Acquired/Adaptive
- Apabila sistem ini diaktifkan, beberapa sel pembunuh akan dihasilkan untuk mengelakkan badan dari jangkitan, menghasilkan antibodi dan melawan jangkitan tersebut.
- Termasuklah apabila anda menghasilkan vaksin, badan akan menghasilkan antibodi dan ini adalah antara contoh imuniti Acquired yang berlaku dalam badan.
Seperti yang kita faham sistem imun ini berfungsi untuk melawan jangkitan, dan bila anda ada sistem imun yang lemah, anda akan cenderung untuk mengalami:
1) Senang dapat jangkitan
- Orang bersin sikit mudah terjangkit dan jangkitan itu mudah untuk menjadi serius. Daripada demam selesema biasa mudah untuk menjadi radang paru-paru.
2) Luka yang lambat sembuh
- Luka biasanya mengambil tempoh lama untuk sembuh dan kebiasaannya juga biasa terjadi pada pesakit kencing manis.
3) Penat dan lesu
- Banyak tenaga yang diperlukan untuk menyokong sistem imun yang lemah.
4) Masalah pencernaan
- Melibatkan masalah pada usus, dan mereka yang ada masalah sistem imun lemah ini mudah mendapat cirit-birit, kembung dan masalah lain. Seperti kita faham 70-80% sistem imun kita datang daripada usus dan kuman-kuman yang berada pada usus.
5) Sakit sendi
- Proses keradangan yang berlaku memberi kesan sakit pada sendi.
6) Keradangan pada kulit (ruam)
- Bila ada keradangan, ia akan muncul pada kulit juga, mudah dapat kudis, bisul, masalah ekzema, gatal-gatal atau kulit kering.
7) Penyakit autoimun
- Bila sistem imun bercelaru dalam badan, kita lebih mudah untuk mendapat masalah autoimun. Banyak jenis antaranya seperti psoriasis, rheumatoid arthritis, vitiligo. Ini adalah contoh sistem imun yang bergaduh antara satu sama lain di dalam badan.
Jadi apakah faktor yang menyebabkan sistem imun lemah?
Lebih-lebih lagi dalam musim COVID-19 ini, mereka yang ada sistem imun lemah lebih mudah terdedah kepada jangkitan COVID-19. Respon badan terhadap COVID ini mungkin lebih serius dan boleh sebabkan COVID tahap 4-5 yang sangat kronik dan mungkin sehingga perlu masuk ICU untuk bantuan pernafasan, oksigen dan boleh menyebabkan kesan kepada organ-organ dalaman.
Untuk menyelesaikannya, perlu tahu puncanya terlebih dahulu.
Bila sistem imun lemah, memang ada faktor yang tidak boleh di elak seperti usia. Di mana golongan berumur 70 tahun ke atas memang ada sistem imun yang rendah. Kerana ada satu organ thymus di bahagian tengkuk yang menghasilkan T-cell, iaitu sejenis sel sistem imun. Organ ini akan mula mengecut mengecil seiring dengan usia dan kesannya, badan tidak menghasilkan T-cell dengan sempurna.
Tapi, apa faktor lain yang boleh dikenalpasti untuk membantu mengatasi masalah sistem imun yang lemah?
𝟏) 𝐆𝐚𝐲𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭
- Apabila menjalani gaya hidup yang tidak sihat, keadaan ini boleh melemahkan sistem imun terutama jika mengambil makanan berasaskan gula. Ini kerana gula boleh melemahkan sistem imun. Makanan lain yang boleh merendahkan sistem imun adalah seperti lemak trans. Ciri-ciri makanan ini ada pada hampir semua makanan segera kegemaran kita seperti aiskrim, makanan segera, kek dan banyak lagi. Makanan yang menyebabkan keradangan seperti omega-6 juga boleh lemahkan lagi sistem imun jika diambil secara berlebihan.
- Obesiti juga menjadi faktor risiko kerana sel-sel lemak ni akan hasilkan bahan atau agen keradangan adipocytokine yang boleh sebabkan penyakit kronik.
- Wajib amalkan senaman untuk tingkatkan sistem imun. Tak perlu senaman serius pun, cukup dengan 30 min berjalan kaki sehari pun sudah mencukupi sebenarnya. Tapi tak boleh la lakukan sekali sekala je, kena istiqomah buat hari-hari. Bagus juga kalau sekali sekala amalkan senaman menguatkan otot.
- Jika tidur pula kena cukup 7-8 jam sehari. Elakkan tidur kurang 6 jam sehari kerana pada waktu tidur badan membuat pemulihan dan proses ini penting untuk sistem imun badan.
- Stres juga perlu dikawal sebaiknya. Memang stres sukar dielak, ramai yang tertekan, tapi kawalan stres yang baik boleh membantu meningkatkan sistem imun badan.
𝟐) 𝐔𝐛𝐚𝐭
- Ada sesetengah ubat yang merencatkan sistem imun seperti ubatan untuk mereka yang membuat pemindahan organ, atau masalah autoimun serta ubatan steroid. Jika ada ambil ubat-ubatan untuk masalah ini memang tak boleh elak, perlu jaga dari sudut lain pula.
- Ubat yang anda tak jangka boleh lemahkan sistem imun adalah steroid yang sebenarnya boleh didapati pada tumbuhan semulajadi. Tetapi, steroid ni jika ambil secara berterusan atau berpanjangan secara sengaja atau tidak, ia boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan termasuklah merendahkan sistem imun. Kadang-kadang mereka yang perlu makan steroid untuk penyakit tertentu seperti sindrom nefrotik, orang yang ada masalah asma serius, mereka perlu menjaga aspek lain.
- Tapi ada satu ubat yang kita tak perasan sebenarnya boleh melemahkan sistem imun iaitu ubat gastritis. Ubat gastritis ni adalah proton pump inhibitor untuk mengelakkan perut kita menghasilkan asid hidroklorik berlebihan. Jadi bila penghasilan asid ini berkurang, sistem imun pertama di perut juga dah kurang.
- Contoh ubat seperti omeprazole, pantoprazole. Tapi ubat ni ubat terkawal dan kalau nak diberikan biasa tak lebih 2 minggu. Sebenarnya ada je pilihan ubat lain yang mereka boleh makan seperti antacid, anti-histamine type 2.
𝟑) 𝐂𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢
- Ini lah faktor yang memang ramai tak perasan lagi-lagi wanita. Apabila kulit terkena sinaran UVB dari matahari tu, bawah kulit kita ada bahan yang boleh menghasilkan atau menukarkan UVB tadi kepada vitamin D.
- Vitamin D ni ada lebih dari 3000 gen dan receptor dalam badan dan ini menunjukkan betapa pentingnya fungsi Vitamin D. Sememangnya kita boleh dapat secara percuma, tapi bagi wanita yang menutup aurat, muka dan tangan pula ditutup sunblock, jadi memang agak sukar untuk mendapatkan cahaya matahari.
- Jika dari sumber makanan, boleh ambil daripada ikan berlemak, telur kuning serta daging pun ada sikit kandungan Vitamin D. Kajian menunjukkan mereka yang bergantung 100% vitamin D daripada makanan hanya mendapat lebih kurang 10% keperluan vitamin D daripada keperluan badan. Memang tak cukup. Kulit yang gelap sikit dan sawo matang juga menyebabkan UVB tadi sukar nak tembus.
- Jadi saranan berjemur tu memang kena juga amalkan. Kena pastikan tiada penghalang cahaya matahari tersebut termasuklah daripada awan atau baju kerana ia boleh menyebabkan cahaya UVB tidak dapat tembus. Sebaiknya manfaatkan cahaya matahari pada waktu matahari tegak iaitu sekitar jam 10 pagi hingga 3 petang.
- Apabila vitamin D kurang, ini akan menyebabkan sistem imun terjejas. Penghasilan B cell, atau lymphocyte iaitu sel yang hasilkan antibodi akan mula berkurang serta T cell iaitu sel darah putih yang menghancurkan pathogen akan turut terjejas.
- So macam mana nak dapat cahaya matahari mencukupi? Kalau tak kena cahaya matahari dan makan pun tak seimbang, memang kena ambil suplemen. Dos yang saya syorkan adalah 1000-2000 IU sehari. Tapi kalau nak dapatkan tahap optima pada awal-awal tu kena lah ambil lebih. Ia boleh bantu meningkatkan ketahanan badan anda untuk melawan penyakit.
𝟒) 𝐃𝐞𝐩𝐫𝐞𝐬𝐬𝐞𝐝/𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢/𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐡
- Apabila anda terlampau menyendiri, sunyi, sebenarnya ini pun boleh menurunkan sistem imun.
- Sebab tu ketika MCO, anda kena wujudkan optimisma, perasaan positif, sentiasa senyum, ceria, gelak kerana ini boleh melawan balik perasaan sunyi tadi serta boleh meningkatkan sistem imun anda.
- Bila terlalu menyendiri, hormon noradrenaline akan meningkat dan boleh jejaskan imun sistem badan. Jadi perlu ada langkah pencegahan. Rakan-rakan atau ahli keluarga pun kena pantau orang sekeliling dan orang rapat untuk mengelakkan mereka rasa perasaan menyendiri.
𝟓) 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧
- Tadi saya kata orang yang tak bersenam boleh ada sistem imun yang rendah kan? Tapi mereka yang terlebih bersenam juga boleh meningkatkan hormon kortisol iaitu hormon stres. Jadi senaman ni tak boleh berlebihan, tak boleh kurang juga. Perlu bersederhana.
- Tapi apa yang dimaksudkan dengan terlajak senaman? Contohnya kalau biasa buat marathon, sentiasa push diri untuk pergi lebih jauh. Atau berbasikal, push diri sampai pergi 100 km sekali bersenam. Sebenarnya tabiat ini sangatlah tidak baik untuk kesihatan.
Tapi Allah SWT dah jadikan penawar untuk banyak penyakit, dan ada banyak kebaikan dari alam semulajadi yang boleh kita gunakan sebagai amalan untuk tingkatkan sistem imun. Contohnya sayur-sayuran dan buahan. Tapi statistik juga menunjukkan 95% rakyat Malaysia tidak makan sayur. Jadi macam mana nak tingkatkan sistem imun?
Bermanfaat? Kongsikan dengan tersayang ya.
Credit : TanyaDrSyid
Jika ingin dapat info2 terkini dan bermanfaat,
Boleh Like & Follow Fb page :
https://www.facebook.com/Metramedic/
Atau boleh join Channel Telegram Metramed, di sini:
https://t.me/metramedic

Comments
Post a Comment