Cara Kiraan Sepertiga Malam
Cara Kiraan Sepertiga Malam
Malam bermaksud apabila masuknya waktu maghrib, maka itulah malam.. Bermulanya malam apabila masuknya waktu Maghrib...
Penghujung malam pula apabila masuknya waktu subuh, itulah penghujung malam..
Kiraan 1/3 malam ni penting kerana, untuk mengetahui bilakah waktu yang tepat masuknya 1/3 malam terakhir..
Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Maksudnya: Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1145) dalam Sahih-nya
Ini kerana ia adalah diantara waktu yang mustajab untuk berdoa dan beribadah..
Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-4 yang bermaksud:
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’.
Firman Allah dalam Surah Azzariyat ayat 18 bermaksud:
“Sesungguhnya mereka(iaitu mereka yang di dalam syurga)sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik.Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan.
Dan banyak lagi keterangan tentang ibadah di penghujung malam ini sama ada di dalam Al-Qur'an mahupun Hadis..
Lihat satu hadis Rasulullah ﷺ bersabda iaitu kaedah solat Nabi Daud AS yang paling disukai Allah SWT.
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash, Rasulullah SAW bersabda,
“Puasa yang paling disukai disisi Allah adalah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Beliau biasa tidur dipertengahan malam dan bangun pada sepertiga malam terakhir dan beliau tidur lagi pada seperenam malam terakhir. Sedangkan beliau biasa berpuasa sehari dan buka sehari.”
Gambarannya, Nabi Daud Alaihissalam tidur dipertengahan malam yakni sekitar pukul 12 Malam.. Kemudian bangun semula pada sekitar pukul 3 dan beribadat... Kemudian tidur semula sekejap di penghujung 1/6 malam... Sekitar 4.30 .. Wallahua'lam
(Ada sesuatu rahsia yang tersirat disebalik hadis ini. Insyaallah saya akan ceritakan nanti.)
Ini adalah kaedah yang menggambarkan cara beribadah malam yang disukai Allah SWT... Bagaimanapun Rasulullah ﷺ menyarankan agar tidur lebih awal iaitu usai selesainya solat fardu Isyak melainkan ada keperluan lain seperti solat, musafir, majlis ilmu atau keperluan sebagai pemimpin seperti mana Nabi Daud.
Baginda Daud Alaihissalam adalah seorang raja kepada umatnya.. Sudah tentu banyak keperluan yang perlu sebagai seorang raja untuk diselesaikan sebelum baginda mempunyai masa untuk beradu.
Di bawah adalah contoh kiraan malam yang dibahagi kepada 3 bahagian... Bagaimana pun waktunya berubah rubah seiring dengan waktunya Maghrib dan masuknya waktu Subuh..
Semoga bermanfaat
Kredit kepada Penulis
Jika ingin dapat info2 terkini dan bermanfaat, boleh join Channel Telegram Metramed, di sini:
https://t.me/metramedic
atau
Boleh Like & Follow Fb page :
https://www.facebook.com/Metramedic/

Comments
Post a Comment