DIABETES PUNCA PENYAKIT KRONIK LAIN


 *DIABETES PUNCA PENYAKIT KRONIK LAIN* 


Fenomena diabetes di negara kita tidak jauh berbeza dengan negara maju seperti Amerika Syarikat. Dianggarkan pesakit yang menghidap diabetes di Negara ini mencecah sejuta orang. Malah,insiden diabetes kini berlaku lebih cepat 10 tahun berbanding Sembilan tahun lalu. Ini bermakna rakyat Negara ini menghidap diabetes 10 tahun lebih awal dan tidak hairanlah jika ia turut berlaku pada lingkungan umur 30-an. Presiden Persatuan Diabetes Malaysia, Profesor Dr Chan Siew Pheng, berkata ramai masyarakat tidak menyedari dan memandang ringan ancaman besar diabetes, ini kerana penyakit ini tidak mendatangkan kesakitan dan mereka lebih memberi keutamaan kepada penyakit yang boleh membawa maut seperti sakit jantung dan strok, sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada diabetes.


*KESAN JIKA TIDAK DIRAWAT*


*Buta 

*Kerosakan buah pinggang 

*Sakit jantung dan penyakit lumpuh 

*Darah tinggi *Menjejaskan Keupayaan Seksual 

*Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari *Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki 

*Tidak sedarkan diri jika tidak dirawat dengan serta merta, ia boleh membawa maut.


 Kesimpulannya,masyarakat haruslah peka dalam mengurangkan masalah penyakit diabetes yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik lain. 


Credit : JULIANA. HASANAH.SAKINAH.


Jika ingin dapat info2 terkini dan bermanfaat,

Boleh  Like & Follow Fb page :

https://www.facebook.com/Metramedic/


Atau boleh join Channel Telegram Metramed, di sini:


https://t.me/metramedic

Comments

Popular posts from this blog