Minum Kopi : Baik atau Buruk kepada Kesihatan kita?


 *Minum Kopi : Baik atau Buruk kepada Kesihatan kita?*


Kopi adalah minuman harian masyarakat kita di Malaysia. Saya selalu ditanya tentang kelebihan atau keburukan minum kopi kepada kesihatan.  Jawapannya tidaklah mudah kerana ianya memerlukan penerangan yang panjang dan jika tidak dijawab dengan betul maka ia akan mengelirukan kita. Kita perlu merujuk kajian-kajian sains semasa yang ada untuk menjawab persoalan ini berdasarkan bukti kajian saintifik.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kopi dipasaran seperti kopi segera, kopi campuran, kopi O, kopi susu, kopi 3 dalam 1, kopi dengan pelbagai jenis herba dan sebagainya. Dengan lambakan pelbagai jenis kopi ini menjadikan masyarakat lebih keliru lagi tentang yang mana satu kopi yang baik dan yang mana satu yang buruk untuk kesihatan. 

Secara umumnya mengambil kopi ‘O’ tanpa gula dengan jumlah yang sederhana adalah baik kepada kesihatan. Mengambil kopi O dengan gula yang sedikit sekadar satu sudu masih boleh dikira sihat, tetapi jika diambil dengan pemanis gantian lain seperti stevia atau sukralose yang tanpa kalori adalah lebih baik.

Kopi yang dicampur dengan krimer juga tidak sihat kerana krimer mengandungi asid lemak ‘trans’ yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjadi punca masalah pengerasan saluran darah (atherosklerosis) dan boleh menyebabkan masalah penyakit jantung. 

Kopi mengandungi bahan stimulan iaitu kafein yang membantu menambahkan rasa cergas dan segar apabila di minum. Teh dan koko juga mengandungi kafein tetapi dalam jumlah yang lebih rendah. Secara umumnya secawan kopi mengandungi 95mg kafein. Jumlah pengambilan kafein yang selamat dalam sehari adalah menurut United States Department of Agriculture (USDA) dan European Food Safety Authority (EFSA) adalah tidak melebihi 400mg sehari iaitu lebih kurang 2 ke 4 cawan kopi sahaja sehari. Walaubagaimanapun wanita yang mengandung dinasihatkan hanya mengambil kafein tidak melebihi 200mg sehari. 

Bahan kafein dalam kopi berfungsi dengan menghalang kesan pencetus saraf ‘adenosine’ (neurotransmitter) yang menyebabkan saraf otak rehat dan kita rasa letih serta mengantuk. Biasanya paras adenosine akan meningkat menjelang petang hari dan akan menyebabkan seseorang berasa letih dan mengantuk menjelang malam. Kafein dalam kopi membantu meransang otak untuk kekal aktif dan mengurangkan rasa letih. Ia juga meningkatkan paras pencetus saraf seperti dopamin dan norepinefrin. Kombinasi peningkatan paras pencetus saraf ini akan meransang otak untuk kekal aktif dengan menambahkan fokus dan kepekaan otak. Kafein juga amat cepat meresap ke dalam darah. Berdasarkan kajian, secawan kopi akan memberikan kesan seawal 20 minit selepas di minum sehingga sejam untuk kesan maksimum kepada otak kita.

Kajian terkini menunjukkan minum kopi yang mengandungi kafein mempunyai faedah kesihatan jika diambil dalam dos yang sederhana dan kopi yang diambil tidak mengandungi gula yang berlebihan dan juga tidak diambil bersama krimer. Laporan yang diterbitkan dalam International Journal of Cardiology pada November 2009 yang mengkaji 21 kajian cohort tentang kopi sejak tahun 1966 sehingga 2008, membuat kesimpulan bahawa minum kopi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Terdapat satu lagi laporan yang diterbitkan dalam European Journal of Nutrition pada bulan Februari, 2014 yang mengkaji kajian cohort dari tahun 1980 hingga 1990 yang menunjukkan minum kopi tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetes jenis 2. 

Kajian lain juga menunjukkan kopi amat baik dan memberikan kesan positif mengawal stres dengan menghalang reseptor adenosine A2A yang mengawal kadar stres. Kajian juga menunjukkan kafein meningkatkan metabolisma tubuh sehingga 11% dan membantu membakar lemak sehingga 13%. Kajian menunjukkan pengambilan kafein 300mg sehari akan membantu membakar 80 kalori tambahan sehari, tetapi kesan kepada berat badan masih kecil. 

Kajian lain menunjukkan pengambilan kopi sejam sebelum senaman membantu meningkatkan kecergasan semasa bersenam dan juga membakar lebih banyak kalori dan mengurangkan keletihan selepas senaman. Terdapat pelbagai kajian lain yang menunjukkan kopi membantu melindungi kerosakan hati sehingga 84%. Kajian juga menunjukkan kopi juga membantu memanjangkan jangkahayat dengan mengurangkan risiko kematian pra matang akibat penyakit kronik sehingga 30% terutama di kalangan wanita dan pesakit diabetes. Kajian juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko kanser hati sehingga 64% , kanser kolorektal sehingga 38% dan kanser kulit sehingga 20%. Kajian yang menarik juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko gout sehingga 40% kepada lelaki dan 57% kepada wanita. Kajian juga menunjukkan kopi membantu meningkatkan bakteria baik probiotik dalam usus dan meningkatkan aktiviti bakteria probiotik ini. Oleh itu ia amat penting untuk kesihatan usus. 

Terdapat beberapa bahan lain didalam kopi yang mempunyai khasiat kesihatan seperti asid chlorogenic,caffeol, anti oksidan polifenol, fitoestrogen dan diterpenes yang juga memberikan kesan positif kepada kesihatan seseorang. Menurut Dr Walter C. Willet dari Harvard School of Public Health menyatakan kopi mempunyai kandungan bahan aktif yang sangat baik untuk kesihatan tetapi ianya perlu diambil secara sederhana dan tidak berlebihan.

Pengambilan kopi dengan kadar diantara 2 cawan hingga 4 cawan adalah selamat dan menyihatkan dengan syarat kopi yang diambil tanpa gula yang tinggi dan tanpa dicampurkan krimer. Berlebihan pengambilan kopi melebihi 4 cawan sehari atau lebih dari 400mg kafein sehari  akan menyebabkan tangan menggigil, keresahan, kerisauan, degupan jantung yang tak menentu dan susah untuk tidur. Pengambilan kopi juga tidak digalakkan di waktu malam sebelum tidur. Terdapat sesetengah orang akan menghadapi masalah sakit kepala migrain dan tekanan darah tinggi apabila mengambil kopi secara berlebihan. Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil kopi secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan keguguran atau anak yang dikandung mempunyai berat yang tidak mencukupi. 

Kopi boleh menyebabkan ketagihan bagi sesetengah orang dan kebiasaannya orang yang ketagih kopi yang akan mengambil kopi secara berlebih-lebihan. Kesan kopi yang ‘berlebihan’ juga akan menghilangkan khasiatnya yang baik seperti meningkatkan stres, meningkatkan kadar keradangan saluran darah secara tidak lansung meningkatkan risiko penyakit jantung. Ia juga meningkatkan rintangan insulin darah dengan itu menyebabkan masalah diabetes pula. Disamping itu pengambilan kopi secara berlebihan akan menyebabkan masalah gastrik, pedih ulu hati, penghadaman terganggu dan mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus. Ia juga boleh menyebabkan gangguan kepada tidur, menyebabkan kemurungan dan kerisauan yang melampau. 

Kopi adalah seperti sejenis minuman ransangan  yang baik jika diambil mengikut dos yang sesuai secara sederhana dan tidak melampau. Jika dos ini dilampaui maka kopi akan menyebabkan pelbagai kesan kesihatan yang tidak baik untuk jangkamasa panjang. Oleh itu bagi penggemar kopi anda perlu bersederhana dalam pengambilan kopi dan janganlah mencampurkannya dengan bahan-bahan yang juga berisiko tinggi untuk kesihatan seperti gula dan krimer.

Wallahualam.


Credit : Dr Norman Mohd Norawi


Jika ingin dapat info2 terkini dan bermanfaat,

Boleh  Like & Follow Fb page :


https://www.facebook.com/Metramedic/


Atau boleh join Channel Telegram Metramed, di sini:


https://t.me/metramedic

Comments

Popular posts from this blog

"Faz nak share sekali lagi kepada anda semua memandangkan kes tengah tinggi sekarang dan dulu Faz pernah cakap pasal spray ni. Probio HD Spray ianya sangat membantu. Sebelum ni adalah kawan-kawan Faz yang positif covid mereka menggunakan gamat ni dan sangat membantu mereka untuk cepat sembuh, aa begitu. Dan Faz memang kalau Spray ni Faz pakai everyday. Faz akan spray pada kedua hidung dan juga pada bahagian tekak Faz dan Alhamdulillah semoga dapat membantu. Ya bila anda pakai spray ni membantu melindungi diri anda daripada jangkitan covid dan siapa yang dah berjangkit tu dapat membantu mengurangkan insya-allah. Ya ini adalah madu dan gamat spray sangat bagus. Jangan lupa cuba Okey pasal Faz dah order banyak sangat" - Miss Fazura Artis Malaysia Boleh dapatkan Probio HD @ gamat madu di shoppe atau wasap 012-226 8021 https://shopee.com.my/metramed

Pengalaman qiamulalil sendirian dan aktiviti seharian aku