6 tanda kekurangan Vitamin C


 Vitamin C adalah sumber antioksidan untuk melindungi sel-sel badan dari radikal bebas. Kenapa penting Vitamin C pada zaman sekarang? Ini kerana ramai yang kata Vitamin C boleh didapati pada buahan dan sayuran. Memang kita tahu keperluan badan untuk Vitamin C kalau ikut buku diperlukan sekitar 75-90 mg sehari. Tapi kini, banyak kajian menunjukkan untuk mengoptimakan pengambilan Vitamin C dalam badan memerlukan sekitar 500-1000mg sehari. Kenapa? Sebab keperluan Vitamin C ini akan meningkat apabila badan berada pada keadaaan stress atau sakit sehingga menyebabkan keperluan naik sehingga 10-20x ganda.


Bila orang kata ada jangkitan kuman, badan akan perlukan stok vitamin C yang lagi banyak dari biasa. Yang jadi masalahnya bila badan manusia tidak boleh hasilkan sendiri Vitamin C ni. Jadi memang perlu diambil dari sumber luar. Jika kita tak ambil makanan yang mempunyai Vitamin C memang tiada la Vitamin C di dalam badan. Lebih-lebih lagi Vitamin C ni adalah Vitamin larut air. Apabila ia berlebihan dan tak digunakan, Vitamin C akan terus dikeluarkan melalui buah pinggang dan air kencing sehingga menyebabkan tiada stok vitamin C langsung di dalam badan.


Sebab itu kadang kala pengambilan perlulah diambil mencukupi bukan asal cukup sahaja. Lebih-lebih lagi kita faham, statistik menunjukkan 95% rakyat Malaysia tidak makan sayuran dan buahan yang mencukupi sehingga mendedahkan lagi mereka kepada kekurangan Vitamin C.


6 tanda kekurangan Vitamin C

1. Kulit kering

2. Kuku mudah rosak dan nipis

3. Sakit pada sendi

4. Keletihan

5. Gemuk

6. Mudah jatuh sakit


Kenal mereka yang ada tanda-tanda ini? Kongsikan.


Credit : TanyaDrSyid


Jika ingin dapat info2 terkini dan bermanfaat,

Boleh  Like & Follow Fb page :

https://www.facebook.com/Metramedic/


Boleh join Telegram, klik di sini:

https://t.me/metramedic

Comments