Happy Hypoxia boleh menjadi pembunuh senyap pesakit COVID-19

 


Happy Hypoxia boleh menjadi pembunuh senyap pesakit COVID-19 


ORANG ramai diingatkan supaya lebih berwaspada dengan kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah, 'Happy Hypoxia' dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.


Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Nurul Yaqeen berkata, Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan  jantung yang menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera.


Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.


"Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.


"Kita juga akan melihat pesakit akan menjadi semakin risau dan panik selain tercungap-cungap kerana kesukarannya bernafas," katanya.


Apa yang membimbangkan katanya, perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.


"Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil 'Happy Hypoxic'.


"Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.


"Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia," katanya.


Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, 'Pulse Oximeter' kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.


"Bagi pesakit Covid-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap virus mula menunjukkan kesannya di paru-paru.


"Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.


"Jadi, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena 'Happy Hypoxia' ini, pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah digalakkan membeli 'Pulse Oximeter' di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka & segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95%," katanya. 


Gejala ini  kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda dan dilaporkan berlaku di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.


Pulse Oximeter adalah peranti perubatan yang perlu berdaftar dan penjualannya perlu mendapat kelulusan daripada Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah KKM.


Kredit : kkm


Jika ingin dapat info2 terkini dan bermanfaat,

Boleh  Like & Follow Fb page :

https://www.facebook.com/Metramedic/


Boleh join Telegram, klik di sini:

https://t.me/metramedic

Comments

Popular posts from this blog

"Faz nak share sekali lagi kepada anda semua memandangkan kes tengah tinggi sekarang dan dulu Faz pernah cakap pasal spray ni. Probio HD Spray ianya sangat membantu. Sebelum ni adalah kawan-kawan Faz yang positif covid mereka menggunakan gamat ni dan sangat membantu mereka untuk cepat sembuh, aa begitu. Dan Faz memang kalau Spray ni Faz pakai everyday. Faz akan spray pada kedua hidung dan juga pada bahagian tekak Faz dan Alhamdulillah semoga dapat membantu. Ya bila anda pakai spray ni membantu melindungi diri anda daripada jangkitan covid dan siapa yang dah berjangkit tu dapat membantu mengurangkan insya-allah. Ya ini adalah madu dan gamat spray sangat bagus. Jangan lupa cuba Okey pasal Faz dah order banyak sangat" - Miss Fazura Artis Malaysia Boleh dapatkan Probio HD @ gamat madu di shoppe atau wasap 012-226 8021 https://shopee.com.my/metramed

Pengalaman qiamulalil sendirian dan aktiviti seharian aku