Selalu bersin dan batuk tak kira tempat dan masa? Lebih-lebih lagi pada waktu pagi dan semasa memasak.
Selalu bersin dan batuk tak kira tempat dan masa? Lebih-lebih lagi pada waktu pagi dan semasa memasak.
Ramai sebenarnya tak prihatin dengan tatacara menguruskan batuk dan bersin. Main sembur je.
Pernah buat?
Kalau pernah buat, marilah kita mula ubah dan amalkan tatacara yang betul iaitu dengan batuk atau bersin di lengan cepat-cepat. Kalau ada tisu, tutup mulut dengan tisu dan buang di tempat yang selamat. Ini bertujuan mengelakkan partikel halus kuman yang kita tak nampak tu bertebaran di udara dan melekat di mana-mana permukaan. Apabila orang lain terhidu, mereka pula mendapat kesannya.
Jika ada kawan-kawan atau saudara mara yang main sembur je, jom berpesan-pesan agar mereka juga boleh sama-sama menjaga persekitaran kita agar kekal selamat dan dilindungi daripada virus.
Lindungi Diri. Lindungi Keluarga.
Kredit : TanyaDrSyid
Jika ingin dapat info2 terkini dan bermanfaat,
Boleh Like & Follow Fb page :
https://www.facebook.com/Metramedic/
Boleh join Telegram, klik di sini:
https://t.me/metramedic
Comments
Post a Comment