Bahaya Vitamin C Megadose
Seorang wanita berusia 30 an, masih muda, sihat dan tiada masalah kesihatan. Datang ke kecemasan dengan kesakitan di bahagian pinggang melarat ke bawah perut. Sakit yang digambarkan lebih perit dari sakit melahirkan anak.
Ujian darah mendapati buah pinggang sudah rosak 80%. Paras creatinine sudah mencecah 400++. Ujian biopsy dari tisu buah pinggang menemui kristal kristal oxalate yang telah menyumbat saluran halus dalam buah pinggang.
Dari mana datangnya kristal oxalate ini?
Persoalan terjawab apabila wanita malang ini mengaku mengamalkan supplement Vitamin C megadose. Setiap hari beliau mengambil lebih dari 2 ribu mg vitamin C. Alasan adalah untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Sebenarnya tubuh hanya memerlukan 80-100 mg vitamin C sahaja setiap hari. Jumlah ini boleh diperolehi dari buah oren atau buah jambu sahaja.
Semasa tempoh pandemik ini, ramai yang memberi nasihat untuk mengambil vitamin C megadose, hati hati.. kerosakan kekal boleh berlaku, buah pinggang yang telah rosak tidak dapat pulih kepada keadaan asal.
Kredit : PHM
Pada pandangan En Has kes mcm ni jarang berlaku tapi tak mustahil. Elak dari ambil overdose kerana badan xdpt serap sepenuhnya dan buang begitu shj. Sangat lah rugi sebenarnya.
Apapun vitamin C amat penting (untuk antibody) harus diambil setiap hari kerana hanya manusia tak dapat hasil kan vitamin C dlm badan tapi semua hidupan lain mampu hasilkan Vitamin C. Dan paling penting byk makan buah2an dan sayuran ikut portion yang betul dengan air secukupnya.
Jika ingin dapat info2 terkini dan bermanfaat,
Boleh Like & Follow Fb page :
https://www.facebook.com/Metramedic/
Boleh join Telegram, klik di sini:
https://t.me/metramedic

Comments
Post a Comment